Artis / Selebriti
” Sumpah tanpa muzik lagi sedap. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

Video suntingan nyanyian Marsha Milan di AJL39 apabila muzik dihilangkan buat ramai kagum. Fuh meremang betul dengar suara Marsha tanpa muzik. Lagi padu dan menusuk ke hati..
Marsha Milan diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu 39 dan ianya kejayaan yang sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh Marsha. Setelah bertahun-tahun berusaha, akhirnya Marsha berjaya juga membawa pulang gelaran juara itu. Ianya bukan sahaja kebanggaan untuk Marsha tetapi juga semua peminatnya.
Persembahan Marsha pada malam itu mendapat pujian daripada ketua juri, Edry Abdul Halim. Kekuatan Marsha adalah pada suara dan teknik nyanyiannya. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rileks Studio, telah dikongsikan satu video yang telah disunting memaparkan nyanyian Marsha apabila muzik dihilangkan.
Ramai yang memuji kemerduan suara Marsha dan menurut mereka, suara Marsha tanpa muzik lagi menusuk ke hati. Merdu dan gemersik, setiap patah perkataan jelas sebutannya, diselit pula dengan penjiwaan Marsha sepanjang menyanyi, menambahkan lagi rasa kesayuan.
Bukan hanya semata-mata menyanyi tetapi Marsha bercerita dan merintih dalam lagunya ini untuk menggambarkan kisah sedih yang terkandung dalam lagu tersebut. Memetik komen warganet, Marsha seolah-olah meratapi kesedihan dan itu yang meruntun hati pendengar.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rilekstudio Marsha Milan – Hening Rindu (live) Final Anugerah Juara Lagu 39 (2024/2025) tanpa muzik 🔥 penghayatan A++! #marsha #marshamilan #heningrindu #heningrindumarsha #ajl39 #anugerahjuaralagu #anugerahjuaralagu39 #ajl #ajl2024 #ajl2025 #finalajl #nadarasa #lagutanpamuzik
Perkongsian ini telah pun meraih 40 ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sunpah xde music lg sedap.. Good job Marsha.. 20 tahun marsha tunggu saat ni.. dia tak berhenti berusaha and dia selayaknya juara.. “
” Apesal takda sound lg sedap ni… meremang wehhh.. Ni la yg edry ckp…. juara lagu dilihat dari sudut teknikal bukan sbb populariti artis.. “
” Suara dia bermuzik.. Seolah2 mendengar ada musik kat suara dia.. sedap… Sama mcm Dato Ct jugak bila bersuara pun mcm ada musik ikut sama2 dgn suara dia.. “
” Teknik dngn Skills Projection dia really2 strong and Sustain masa transform dari transition ke Belting Wowww.. “
” Tanpa muzik lagi soul and deep.. Xde muzik pn suara dia mmnng mantap.. marsha bukan sekadar menyanyi tetapi merintih dalam lagu ni.. “
” Merinding dengar suara Marsha Milan bawak lagu hening rindu ni, memang dia layak JUARA.. “
” Tak de muzik lagi sedap, arghh padu betul suara dia. boleh x nk pinjam komen tok ram, marsha meratapi dlm lagu ni bkn shj mnyanyi.. “
” Dia bercerita, dia masuk dalam situasi, faham apa dia mahu sampaikan.. dia tahu jiwa itu perlu.. “
” Tanpa music pun boleh meremang bulu roma.. takde music terus goosebumps.. mantap la marsha.. Dengar tanpa muzik pun nak nangis, dengar dgn muzik pun nak nangis. Meaning dia menyanyi mmg ada soul.. “
Nyanyian Marsha tanpa muzik lagi menusuk dan meresap ke hati. Ditambah lagi dengan lirik dan melodi yang bagus, selayaknya Marsha menang dan Marsha membuktikan dirinya juga mampu berdiri gah di pentas Anugerah Juara Lagu. Semoga Marsha terus lebih berjaya pada masa akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rilekstudio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Maknya tadi dah panas ayah, Tiara pulak tambah ‘lauk’. Makin panas ayah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Asyik tersasul je Fattah ni. Adik-adik yang baik tak pandai nak menipu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” I watched the years pass from a far, never near enough to whisper.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Best suara Nabila cover lagu ni. Masuk betul, suka-suka. Padu lah Nabila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Kak Long spill the tea, Aca pulak menyambung. Last last Aca yang kena dengan Fattah. Kantoi semua dah, haha.. ” – Komen Netizen