Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka tengok Watie bahagiakan Shuib. Tidur dalam senyum Shuib.. ” – Komen Netizen

Video Watie Hanifiah dan keluarga buat surprise sempena birthday Shuib Sepahtu curi perhatian ramai. Wah happy betul Shuib dapat hadiah special daripada Watie tu. Manja sungguh Shuib, sebijik macam perangai Mateen lah..

Hari ulangtahun Shuib Sepahtu jatuh pada tanggal 12 September dan ianya hanya berselang beberapa hari dengan ulangtahun kelahiran arwah Siti Sarah Raissuddin. Bulan September adalah bulan yang menyedihkan buat Shuib kerana duka kehilangan Siti Sarah masih terasa.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Watie Hanifiah dan Shuib Sepahtu, telah dikongsikan beberapa buah video dan gambar yang memaparkan Watie bersama anak-anak dan ahli keluarga Siti Sairah membuat kejutan hari lahir untuk Shuib. Mereka keluar makan bersama-sama dan Shuib tidak menyedari Watie merancang kejutan untuknya.

Kata Watie, dia faham bulan September bulan yang menyedihkan Shuib dan kerana itu Watie membiarkan Shuib merasa tenang dan hilang sedihnya baru lah dia menyambut hari lahir Shuib. Ketika Watie membawakan kek dan menyerahkan hadiah kepada Shuib, bersinar-sinar mata Shuib kerana gembira.

Lebih menggembirakan Shuib apabila membuka daripada oleh Watie itu. Menurut Watie, pemberian kecilnya diharap dapat mengubat sedikit sebanyak kesedihan Shuib. Geram sahaja melihat gelagat Shuib yang manja itu, memang sebijik seperti perangai anaknya, Mateen.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tido dlm senyum shuib.. Wahhh syokk phone baru .. suka tgk u olls.. sbb tu shuib sayang watie. Watie pon baik jga ank2. Smoga urusan u olls dipermudhkn. Amin.. “

” Comel la.. suka tgk watie bahagiakan shuib.. Mummy memang ‘big heart’ .. Alhamdullilah syukur,.moga kebahagiaan ni kekal hingga jannah.. “

” Loveeeeee mami.. happy birthday abg ib semoga panjang umur & dilimpahkan rezeki seperti air zam2 yg tak pernah putus..semoga bahagia sammpai syurgaa aamin.. “

” Hahahaahaa shuibsepahtu nie kan.. perangai mateen copy paste daddy dia la.. mateen ni suib jr sangat.. “

” Moga bahagia kalian till jannah, I rasa macam tengok matin je haa.. Dah tau Matin tu ikut perangai sapa, pibedayyy suibbb.. “

” Geram la ek mcm mateen da mummy mummy.. Mummy u so adorable tau.. Happy belated birthday. Kita yg tgk ni tumpang hepy.. “

” I luv the way mummy treat daddy n the whole family. Mana la datangnya watie ni ya.. perfect wife, mother, sister, n fren to Shuib’s family.. “

Tumpang bahagia warganet melihat cara Watie menggembirakan Shuib dengan hadiah yang cukup bermakna. Allah mengirimkan isteri dan mummy yang baik untuk Shuib dan anak-anak. Semoga berbahagia selalu Shuib dan Watie serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanifiah, IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

SimplySiti Dermagic
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak