Artis / Selebriti
” Suka dengan Lana, dapat bimbing suami dia ke arah kebaikan.. ” – Komen Netizen

Video Kejutan Hadiah Hari Lahir Untuk Suami Lana Nodin, David Mckienzie Raih Perhatian Ramai. Hadiah Yang Diberikan Sangat-Sangat Bermakna. Kad Yang Anak-Anak Tulis Pun Sweet Sangat !!
Meninjau ke akaun Instagram Lana Nodin, perkongsian sebuah video yang memaparkan kejutan hadiah hari lahir buat suaminya, David Mckienzie telah meraih perhatian ramai. Tahun ini genap 45 tahun usia suami Lana atau nama Islamnya Mohd Daud pada 5 Julai 2024.
Video tersebut memaparkan anak lelaki Lana iaitu Billy datang ke bilik dengan membawa hadiah dan juga kad hari lahir. Kad tersebut ditulis oleh anak-anak Lana beserta ucapan yang cukup sweet. Kejutan yang cukup simple tetapi terserlah kebahagiaan keluarga ini.
Lana dan anak-anak telah memberikan senaskah Al-Quran sebagai hadiah dan ramai memuji sikap Lana yang terus membimbing suaminya ke arah kehidupan berlandaskan Islam. Lana juga turut menulis ucapan hari lahir kepada suaminya itu pada ruangan kapsyen posting ini.
Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lepas. Ramai peminat Lana semakin suka melihat kehidupan Lana sekeluarga kini yang banyak menunjukkan ke arah kebaikan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan hari lahir buat suami Lana. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Suka dengan lana. Dulu orang duk kata lana sexy giler, buat hidung semua. pastu kawen dengan lelaki mualaf. Tapi, kuasa Allah. Lana yg dulu sexy tu, dapat bimbing suami dia kearah kebaikan.. “
” Sekarang lana pun dah menutup aurat. Helok manis je. Sebab tu kita jangan nilai orang awal², kita tak tahu pengakhiran seseorang tu macam mana. Mungkin lebih baik dari orang yang mengeji tu.. “
” Love lana selalu. Suka tengok bonding family lana. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Happy bday to david_mckienzie.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.. “
” Sanah helwah tuan David mckienzie, semoga mnjd ketua keluarga yg soleh dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat Aamiin.. “
” Happy Bless Birthday Mr Daud aka David..Allah blessings of rahmat & barakah to you, lovely wifey Lana and beautiful children.. “
” Allahuakbar cantik ye AL-QURAN tu… semoga dapat manfaat apabila membaca & mendalaminya.. Sedapnya mknanan tu…haha saya tgk mkanan dlu.. “
” Happy birthday sir david mckienzie. Semoga sehat sllu, pjg umur n menjadi suamii n daddy yg soleh. Berjaya dunia n akhirat. Amiin .. “
Seronok melihat kebahagiaan keluarga ini. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada David Mckienzie. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan jodoh bersama Lana berkekalan sehingga ke syurga. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Lana Nodin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen