Connect with us

Artis / Selebriti

” Suara Dato’ Seri Siti Nurhaliza superb, suara Merrah pun power.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ seri Siti Nurhaliza berduet bersama anak Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah menyanyikan lagu Senja Nan Merah buat ramai meremang. Wah, gandingan yang mantap. Sedap suara Merrah, ngam dengan suara Tokti..

Nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza sememangnya tidak asing dalam industri muzik tanah air. Setiap kemunculannya pasti mencuri perhatian, apatah lagi apabila Dato’ Seri Siti tampil berduet bersama bakat muda yang semakin menyerlah.

Terbaharu, persembahan duet Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersama Putra Ahmad Merrah, anak kepada legenda rock tanah air Dato’ Awie mengundang perhatian ramai peminat. Menerusi lagu Senja Nan Merah, gandingan dua generasi ini memperlihatkan keserasian vokal yang cukup indah dan menyentuh perasaan.

Suara lemak merdu Dato’ Seri Siti Nurhaliza bergabung harmoni dengan lontaran vokal Putra Ahmad Merrah yang matang dan penuh penghayatan, membuatkan lagu tersebut kedengaran segar walaupun ia merupakan karya lagu yang bukan baru.

Ramai yang memuji keberanian dan kebolehan Putra Ahmad Merrah membawa lagu ini bersama figura sebesar Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Walaupun masih muda, persembahannya dilihat tenang, yakin dan tidak tenggelam di samping penyanyi nombor satu negara itu. Jelas terpancar bakat seni yang diwarisi daripada bapanya, Dato’ Awie.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang menyatakan Merrah seiras bapanya, Dato’ Awie. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Suka tgok ct kalau berduet, xpernah nak tenggelamkan pasangan duet. Humble sungguh. Dia yg nyanyi, aku yg tersengih2 depan screen ni.. “

” Merah ni mesti kenan ella lain mcm manjah nyer ats stage nsb dia xlibas libas rambut dia dkt tokti..  Mcm suara ayah diaaa…sedappp.. “

” Sedapnyrr suara si merah ni.. Merah pun ada.. Kenapa end live td. Merah ni karekter dia sebiji macam Awie. Tengok lenggok dia menyanyi, sama.. “

” Cantiknya tokti.. anak awie wei, Mcm ayah dia. Gaya2 lawak tu. Suara dato’ Sri siti nurhaliza, superbbbb.. Suara merah pon.. Powerrrr.. “

” Alaa best nyeee….tokti sporting sangat. love love love.. Wooww terbaik.. klu nak tengok awie jamming masa muda, tgok anak dia nyanyi… “

” Dulu masa merrah baby.. aku pernah kata.. nnt besaq mesti dia jadi penyanyi ganti awie masa tua.. tp pasaipa awie xtua2 pun… awie still ensem.. “

” Anak muka awie zaman muda2 dulu, wah terbaiklah.. aduii si Merrah ni mcm2 gelagatnya. mcm daddy dia jgj lawak sungguh.. “

Sesungguhnya, duet Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Putra Ahmad Merrah menerusi lagu Senja Nan Merah bukan sahaja mengubat rindu peminat terhadap lagu itu, malah membuktikan muzik mampu menyatukan generasi baru dan lama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Pore Clay Stick

Trending

Copyright © Berita Kopak