Artis / Selebriti
” Suara Dato’ Awie dari muda sampai sekarang maintain sedap je.. ” – Netizen
Video Dato’ Awie Mendendangkan Selawat Jibrail Raih Pujian Warganet. MasyaAllah, Merdunya Suara Dato’ Awie. Syahdu Sungguh, Menusuk Ke Hati !!
Siapa tidak mengenali Raja Rock Malaysia iaitu Dato’ Awie. Dato’ Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman. Dato’ Awie sudah lama berkecimpung dalam dunia seni suara dan antara penyanyi yang mempunyai ramai peminat sehinggalah sekarang.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Radio Zayan telah berkongsi satu video yang memaparkan Dato’ Awie berada dalam sebuah majlis ilmu. Namun apa yang menarik perhatian adalah Dato’ Awie telah mendendangkan selawat Jibrail.
Dalam keadaan duduk bersahaja dan memegang mikrofon, Dato’ Awie berselawat dengan penuh merdu dan sesekali Dato’ Awie memandang ke arah telefon yang dipegangnya. Ada peminat yang menyatakan yang suara Dato’ Awie masih maintain merdu seperti usia mudanya dahulu.

Perkongsian video itu telah tular dan menjadi bualan warganet serta menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Tak dinafikan memang terbuai mendengar suara Dato’ Awie berselawat, merdu sungguh.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai suara Dato’ Awie berselawat. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suara Dato’ Awie dari muda sampai sekarang maintain sedap je.. Suka dengan suara Dato’ Awie dari dahulu lagi.. “
” Salah satu kelebihan bersuara sedap, dapat mendendangkan selawat dengan suara yg sedap, terbaik lah.. “
” Saya membesar dengan lagu² kumpulan Wings… Asal ada album baru mesti pakcik saya beli n bukak kuat².. Sedap suara Dato’ Awie ni.. “
” SubhanaAllah.. Sedapnye suara Dato Awie.. Mesti kalau mengaji ni sedap juga.. Semoga Dato’ Awie sihat2 selalu.. “
” Terbaik lah. Sy mendoakan kebahagiaan untuk Dato Awie dan kita semua didunia dan akhirat, amin.. “
” Sedap. Macam nak nang1s je dengar. Azan pun mesti sedap lantunan nya, tak percaya suruh Dato’ Awie azan.. “
” Masyaallah.. Tabarakallah.. Syahdu dan sdap sgguh.. Dengar terus menusuk qalbu.. Terbaik lah Dato’ Awie.. “
Patut lah ramai yang memuji, merdu dan syahdu sungguh suara Dato’ Awie. Apa-apa pun semoga Dato’ Awie terus diberikan kesihatan yang baik, terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zayan.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

