Artis / Selebriti
” Suara Betty syahdu wey, sampai ke hati. Nice voice, nafas pun panjang.. ” – Komen Netizen
Video Betty Rahmad cover lagu Sepi buat ramai terpegun. Merdu betul suara Betty, penghayatan yang menusuk ke hati..
Betty Rahmad merupakan adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida. Selain bidang lakonan, Betty juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Sama seperti Umie, Betty juga mempunyai suara yang sedap dan merdu. Sesekali Betty ada kongsikan video nyanyiannya di akaun media sosialnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Betty menyanyi lagu Sepi. Suara Betty yang gemersik mengalunkan lagu ini membuatkan warganet tersentuh. Agak lama tiada video nyanyian daripada Betty dan kali ini ianya mengubat kerinduan peminat untuk mendengar suara Betty.
Tulis Betty di ruangan kapsyennya, lagu ini ditujukan untuk semua yang sedang ‘ sepi ‘ hatinya. Pujian diberikan oleh warganet kepada Betty untuk nyanyiannya itu. Tidak puas semua mendengar lagu cover daripada Betty itu, ada yang meminta untuk Betty muatnaik video yang lebih panjang.

Memetik komen warganet, Betty ini bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi juga dalam bidang nyanyian. Di dapur juga Betty ligat dan pandai memasak. Ada juga di kalangan warganet yang mengusik ingin membeli suara Betty di beg kuning kerana terlalu merdu.
Jom tonton video di bawah :
Kelunakan suara Betty ini meraih pujian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Buat sambal pandai, goreng mee pandai, ngaji pandai, nyanyi pandai hihi. Suara pun syedap.. “
” MasyaALLAH, Allahumma barik.. sedappp sungguh ciptaan Allah.. Merdu suara sis . Wooo dh lama tak dengar suara Betty nyanyi . Sebelum Betty kahwin selalu juga Betty nyanyi.. “
” Sedap ya lama tak dengar betty nyanyi.. Suara power la.. suara nak sama dengan suara Umie Aida.. “
” Jahatlaa . jari kita dah tekan beli tengah tunggu sampai. nyanyi nanti kita tag kak bettyrahmad . tapi kita introvet.. “
” Zaman keja kedai dvd , memang layan lagu ni selalu.. semalam lalu kat tt terus in love dengar suara bettyrahmad.. syahdu weyy.. sampai ke hati tu.. “
” Wow nak beli suara boleh tak.. sedapnya suara Betty ni.. lama betul tak dengar betty nyanyi. Merduuu as usual.. “
” Sedapnya suara Betty.. awat tak pernah dengau sebelum ni Bett nyanyi.. merdunya suara, first time dengar suara Betty.. nice voice, nafas pun panjang.. “
Suara yang gemersik dan penghayatannya sampai ke hati pendengar. Suara Betty memang lunak dan sedap didengar. Apa-apa pun, perkongsian ni hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga warganet turut terhibur mendengar nyanyian oleh Betty itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen

