Artis / Selebriti
” Stress stress juga, tapi kerja kena buat juga.. ” – Kamal Adli
Video Kamal Adli terus bekerja dan hadir ke Jakel Textile untuk membuat content selepas selesai urusan di mahkamah buat warganet tersentuh. Sebak tengok muka dan dengar kata-kata Kamal..
Menerusi akaun Instagram Jakel Textile, perkongsian sebuah video yang memaparkan Kamal Adli datang bekerja di Jakel selepas selesai sahaja kes di mahkamah raih perhatian ramai. Semalam Kamal hadir ke mahkamah untuk kes penceraian dengan isterinya, Uqasha Senrose.
Walaupun pelbagai spekulasi yang berlaku tentang krisis rumahtangganya, Kamal tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai duta Jakel. Menurut Kamal, dia bersyukur mempunyai kerja yang perlu dilakukan agar tidak terlalu memikirkan masalahnya.
Dalam kesibukan serta tekanan yang datang dari pelbagai cara, Kamal memilih untuk kekal profesional dan terus melangkah ke hadapan. Kamal akan membuat video content untuk produk Jakel bersama dua orang selebriti lagi iaitu Achey dan Nabil Ahmad.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dapat dilihat Kamal seolah-olah menahan rasa sedih dan sebak apabila berkata-kata, namun tetap disembunyikan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Kamal. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Style rambut baru utk Takluk 2 ke ni? Keep on going Kamal! Saya di pihak johnny depp.. eh hidup johnny Depp malaysia.. “
” Kamal ni memang cakap teratur dan tenang. Khair Insya-Allah .. kuatkan semangat Kamal demi Hawra.. Kesian kamal.. Hmm, moga terus tabah dalam melalui ujian hidup yg sementara ni.. “
” Dia sebak ke masa di escalator tu Semoga dipermudahkan urusan K.A . Kita org luar yg bkomen ni x patut buat team side siapa2. Kita doakan yg terbaik buat mereka.. “
” Kamal n CE 2 org yg hebat…dalam ada masalah pun tetap terus brkerja..semoga Allah kurniakan ganjaran yg hebat untk korang.. terus kuat ye.. “
” Dia dh sebak sgt2 tu… td tgk mcm dia nk lepaskn semuanya.. tp dia masih waras… kesabaran dia tinggi.. We support u bro .demi mncari rezeqi yg halal…semangatt.. “
” Semoga kamaladli dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusannya. Keep strong .. Ramai yg mendoakan org baik.. “
” Move on, Encik Kamal. Dah nak 2026 dah, xyah terperuk dengan benda terlepas, Allah ada, semua sokong Encik Kamal. Kerja baik2 untuk anak, semoga Allah mewahkan rezeki .. “
Kami di berita Kopak mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Kamal Adli dalam menyelesaikan kemelut rumahtangganya. Pasti apa yang berlaku dalam kehidupan ini ada hikmahnya. Semoga Kamal terus tabah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jakeltextile
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” 2 kepala tapi sama je tingkahnya. Perangai masuk air dua-dua, comel.. ” – Komen Netizen

