Artis / Selebriti
” Sorry kalau saya tanya, ditinggal hidup dan baru jadi ? ” – Ara Johari

Video seorang wanita menangis sambil memangku seorang anak kecil ketika Ara Johari membuat persembahan menyanyikan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain buat ramai sebak. Ara pun sama tak dapat tahan air mata. Sedih sangat, lebih-lebih lagi respon dia masa Ara tanya..
Suasana sebuah persembahan bertukar hening dan penuh emosi apabila penyanyi berbakat besar, Ara Johari menyanyikan lagu hitnya, Menjaga Jodoh Orang Lain. Di sebalik nyanyian penuh penghayatan itu, tumpuan penonton turut terarah kepada seorang wanita di barisan hadapan yang dilihat menangis teresak-esak sambil memangku anak kecil.
Moment itu berlaku secara spontan dan menyentuh hati ramai. Lagu yang mengisahkan tentang perasaan terluka kerana mencintai seseorang yang akhirnya berkahwin dengan orang lain itu ternyata menusuk ke jiwa wanita berkenaan sehingga dirinya tidak mampu menahan air mata.
Ara Johari, yang menyedari insiden itu cuba menenangkan suasana. Ara datang ke arahnya sambil menggenggam erat tangan wanita tersebut. Ramai yang memuji penyampaian Ara yang berjaya menghidupkan lirik lagu sehingga mampu mengusik emosi yang mendengarnya.
Selesai menyanyi, Ara terus bertanyakan sesuatu pada wanita tersebut. Ternyata sesuatu yang berlaku dalam kehidupannya kini yang membuatkan dirinya begitu tersentuh mendengar lagu Ara ini. Semoga yang baik-baik sahaja dalam kehidupan wanita tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata pengguna media sosial yang menyaksikan rakaman video tersebut turut meluahkan rasa simpati dan tersentuh dengan situasi itu :
” Ara tanya apa tu.. dgn peluk anak nyaa siapa yg lukakan akk ni.. Percayalah sape yg nnges tu sbb menusukk jauh dlm hatii… Dan melaluinyaa.. “
” I feel u akak kite dh kawin dh ad ank kecik, kite xd kwan2 nk bbual nk brcerita, nk luangkn msa2 kita, blum part layan ank mertua hahhaha, penat letih hanya Allah yg tao.. “
” Same with me, kdang ad je lagu2 yg trkesan dlm hdup kita, nyanyi je even suara x sdap! kite mom ! kite kuat. saya doakan akak dalam keadaan baik2 jeee … walaupon tak tahu apa yang akak lalui.. “
” Lagu ni memang berhantu. Kita yang bahagia pun galau sekali bila dengar .. Sedar sekali…insyaAllah Allah nk bg rezeki yg lebih baik utk akk dan anak slps ni.. “
” Nampak sgt akak tu tanggung sesuatu yg berat dgn pegang anak mcmtu moga Allah mudahkan urusan kakak ya.. Dlm byk byk lagu .. lagu ni sgt sgt sedey kalau dihayati.. “
” Teruskan jadi wanita yang kuat dan tenang wahai wanita² semua .. sis tu mungkin melalui apa yg tertulis dlm lagu tu . .sedih..sebak..moga terus kuat sis demi ank.. “
” Mgkin ada sesuatu yang tebuku dlm hati dia . sy doakan awk kuat OK . dunia belum berakhir , tetap kuat utk anak kecilmu … ni kalau sesorang mmg berderaiiiii .. “
Situasi ini menggambarkan muzik bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu medium penyampaian emosi yang mampu menyentuh hati manusia. Bagi Ara Johari, ia bukan kali pertama lagunya memberi kesan mendalam kepada pendengar, namun insiden ini mungkin menjadi antara moment yang paling menyentuh jiwa dalam karier seninya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hotfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Tahun lepas, setelah abang Fattah ni single kan, kita belum start dah blushing.. ” – Irfan Haris
-
Viral6 days ago
” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din