Artis / Selebriti
” So sweet Ameena dengan Mama. Tak semua ibu tiri tu jahat kan.. ” – Netizen

Fizi Ali Muatnaik Video Gelagat Anaknya, Ameena Sofia Bersama Isterinya, Siti Zulaikha Raih Perhatian Warganet. Alahai Seronok Tengok Ameena Manja Dan Bergurau Senda Dengan Mama Dia. Siap Buat Magic Pada Mama Lagi. Comel Lah Ameena Ni !!
Umum mengetahui yang penyampai radio Era, Fizi Ali kini kembali dapat berjumpa anaknya, Ameena Sofia. Banyak menghabiskan masa bersama, Fizi merakamkan apa sahaja aktiviti yang mereka lakukan bersama-sama untuk dijadikan sebagai kenangan.
Menerusi entry terbaru Fizi Ali di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ameena bersama Tiz yang dipanggil sebagai Mama. Kata Fizi, rakaman video ini baru dia sedari ketika dia sudah berada di pejabat. Handphone Fizi kena ‘h1jack’ dengan Ameena dan Mama kali ini.
Dalam video itu, Ameena kelihatan begitu manja dan mesra dengan Tiz. Tiz juga pandai melayani Ameena seperti anak sendiri. Seronok hati warganet melihat hilai ketawa dan gurau senda Ameena dengan Mama barunya itu. Melihat cara Tiz itu, ramai bersetuju Tiz seorang Mama yang penyayang.
Sempat Ameena membuat ‘magic’ dengan membuat bunyi ‘ergg’. Banyak angin sangat ni Ameena, habis semua tempat Ameena pegang, pasti keluar bunyi ‘ergg’. Mamanya pula sampai ke sudah tak boleh buat sepertimana yang Ameena buat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fizi ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahaaha… comel dua-dua.. mama pun terkena magic mena.. Sebenarnya istri fizi ni penyayang. ameena pun selesa dengan dia.. ”
” Seronok tengok mcm ni. yg ibu kandung bahagia ameena happy, ayah nye pon happy. semoga kekal happy mcm ni demi kebahgiaan ameena.. ”
” Hahahahaha power laa ameena buat magic . Nak kena belajar jugak ni daripada ameena.. mama tu macam muka sharifah sakinah lah.. ”
” So sweet ameena dengan mama.. tak semua ibu tiri tu jahat kan. ni pun salah seorang yang penyayang macam Watie Shuib.. ”
” Syok dapat ibu tiri yang baik ni.. Kena 2,3 kali ulang tengok .. sama-sama ikut gelak.. semoga bahagia sentiasa ya.. ”
” Wife dia baik lah.. aku follow Dari dulu lagi.. soft spoken.. suka tengok.. hahaha jap aku pernah buat masa kecik da besar hilang bakat magic tu tah kemana mana halaa nye tah.. ”
” Alaa so sweet anak dan mama. Dia gelak sambil tangan tertolak leher mama tu, cute laa ameenaa.. Pandainye amena buat cmtu kita y tua ni pun x pndai tau.. ”
Seronok betul Ameena tunjuk bakat magik dia tu, Mama pun kena belajar dengan Ameena nanti baru lah boleh berlawan dengan daddy siapa paling hebat. Semoga Ameena berbahagia dan gembira selalu bersama daddy, mama dan umi tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizi Ali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen