Connect with us

Artis / Selebriti

” Siapa yang gatal mulut kata Mama YB tak suka Bella tu, tengok elok-elok Mama mesra je dengan Bella.. ” – Komen Netizen

PA Bella Astillah, Niel kongsi video terbaru Bella bersama YB Saddiq dan kedua ibu bapa YB di hadapan Eiffel Tower buat ramai tersentuh. Sayangnya Mama YB pada Bella, terharu tengok Mama YB peluk Bella.. 

Sepanjang beberapa hari masa yang diperuntukkan oleh team Primavalet di kota Paris, mereka menyempurnakan tugasan untuk menyiapkan photoshoot baju Primavalet bersama duta mereka, Bella Astillah, YB Syed Saddiq, Mama dan Abuya YB Saddiq.

Menerusi perkongsian terbaru PA Bella iaitu Niel di akaun Tiktok miliknya , telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bella, YB Saddiq, Mama dan Abuya di hadapan Eiffel Tower. Semuanya kelihatan gembira dan enjoy dengan photoshoot ini.

Mama memeluk erat pinggang Bella begitu juga Bella memeluk Mama. Kemesraan Mama dan Bella itu menjawab satu kecaman pada video terdahulu apabila Bella dikatakan bersalaman dengan Mama tetapi tidak bertentangan mata seolah-olah ingin mengelak.

Ada juga komen yang mengecam hubungan antara Bella dan Mama. Melihat video ini, cukup melegakan hati peminat BASS dan menjawab semua kecaman yang kecoh di media sosial. Mama dan Abuya melayan Bella dengan cukup baik dan mereka mesra apabila bersama.

Jom tonton video di bawah :

@nielrafeq95

🤍 @Bella Astillah @Syed Saddiq @primavalet

♬ suara asli – gabut woi – gabut woi

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Tolong eih guys… push vtt ni smpi 1M views.. Biar haters tengok mcm mana mama YB rapat dgn Bella.. loveeee.. Ya Allah alhamdulilah semoga berjodoh bahgia hingga ke jannah BASS.. “

” Vitamin highest grade paling premium dari niel. alhamdulillah, terharu, happy, bahagia tengok femily YBSS ni. sayangi lah Bella seadanya dia spt anak sendiri.. semoga femily BASS beroleh Rahmat, kebahagiaan selamanya till Jannah. tkasih Cikgu Mahani, tkasih Abuya, terimakasih semuanya. #teamBASS tumpang bahagia.. “

” Niel tq niel vitamin paling premium ni, happy for you bella, betul2 pelangi selepas hujan, yb please jaga bella elok2 yer.. alahaiiiii… sweet nya 3 beranak dn bakal menantu comel ni.. “

” Niel apeni buat nangis. Alhamdulillah.. Rezeki.. YB SS, Mama & Abuya bertambah 2… Berkat Ikhlas Menerima Bella & Anak2nya.. Aamiin insyaAllah.. “

” Happy tgk mama YB layan Bella baik. Comel je mama yb pelik Bella tu.. Siapa yang gatal mulut kata mama YB tak suka Bella tu, tengok elok-elok mama mesra je dengan Bella. Eh sakit pulak hati aku ni.. “

” Abuya YB ni memang oustanding.. terpaling primavalet dia. comel je.. Teaser of penyatuan 2 hati ker ni hehe.. dedulu xpe kan haha.. Sukanya tgok kemesraan BASS abuya n mama.. “

” TQ Niel share vitamin paling premium dgn kami team Bass, Alhamdulillah happy sgt tengok Bella dgn Mama & Abuya YBSS, moga YB cpt halalkn Bella, Aaminn.. “

Kemesraan dan keakraban Bella bersama Mama dan Abuya tidak perlu dipersoalkan kerana Mama dan Abuya sememangnya penyayang. Sama ada Bella dan YB Saddiq berjodohan atau tidak, biarlah takdir Allah yang menentukannya. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk BASS dan semoga hubungan baik ini akan kekal sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok NielRafeq 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
SHEGLAM Blush

Trending

Copyright © Berita Kopak