Artis / Selebriti
” Siap request buat peace eh, untung lah kau dik. Dato’ Siti layankan je, hehe.. ” – Netizen
Video Peminat Ajak Dato’ Siti Nurhaliza Bergambar Ketika Dato’ Siti Sedang Rekod Video Buat Ramai Terhibur. Wah Siap Suruh Tokti Buat Peace, Sporting Betul Tokti Layankan Je Pemintaan. Terbaik Lah !!
Apa sahaja perkongsian terbaru oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pasti menjadi perhatian ramai. Terbaru meninjau di akaun Instagram Dato’ Seri Siti telah memuatnaik satu video terbarunya.
Dalam video itu, kelihatan Dato’ Siti sedang berada di dalam kereta. Tulis Dato’ Siti, ketika itu dirinya sedang ingin merekod video dan Dato’ Seri Siti sedang memakai aplikasi filter. Namun kedengaran ada suara seorang wanita telah memanggil Dato’ Siti.
Wanita tersebut merupakan salah seorang peminat Dato’ Siti dan meminta izin kepada Dato’ Siti untuk bergambar bersama. Malah sempat peminat itu memuji kecantikan Dato’ Seri Siti ketika melihat Dato’ Siti secara dekat .

Seloroh Dato’ Siti di ruangan kapsyen, Dato’ Siti terlupa memberitahu kepada peminat itu agar gambar diambilnya sebentar tadi perlu ditambah filter. Sehingga kini, perkongsian video oleh Dato’ Seri Siti ini telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur dengan telatah comel Dato’ Siti, ramai yang memuji sikap sporting Dato’ Siti melayan permintaan peminatnya itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sekali dengan aku ikut senyum tau tengok video ni, comel betul Dato’ Siti.. Ada filter ke tak ada filter ke Dato’ Siti memang dah cantik sangat pun.. “
” Sbb tu aq salute beliau.. Mmg baik n layan je ap hndk pminat.. Sbb tu smpai bila2 mmg pujaan ramai Malaysia.. No 1 always 1.. “
” Saya kalau selisih dgn tokti ni dari jauhhh dah tak keruan tapi tak berani nak ajak bergambar hehe.. Ramadan Kareem Tokti sekeluarga.. “
” Hahahaa. The power of filter. Aku pun tak berani nak upload muka tanpa filter.. Tapi humble betul Tokti layan peminat dia.. “
” Tokti dia ni kan.. Klw pakai tudung lipat tudung gaya mcm tu pon dah lawa. Aku ni klw buat mcm tu,dah mcm gaya lepat liat dahhh.. “
” Lembutnya suara peminat yg ckp terima kasih tu.. Nmpak fresh make Tokti this time. Love sangat tengok tau.. “
” Siap request buat Peace eh, hahahahaa untung lah kau dik.. Datuk Siti layankan je apa yang kau minta, hehe.. “
Comel tengok Dato’ Siti buat gaya peace, tak pakai filter pun sudah memang cantik. Apa-apa pun semoga Dato’ Seri Siti terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

