Connect with us

Artis / Selebriti

” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen

Video Sekitar Majlis Siraman Dan Majlis Adat Midodareni Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja Antara YAM Tengku Muhammad Iskandar Dan Tengku Natasya Tengku Adnan. Wah Unik Betul Adat Sebelah Bakal Pengantin Perempuan. Ramai Yang 1st Time Tengok Adat Ni !!

Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi Istiadat Perkahwinan Diraja antara YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar dan pasangannya, Tengku Natasya Tengku Adnan bakal berlangsung. Perkahwinan diraja ini dijadualkan pada 24, 25 dan 27 Oktober akan datang.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kesultanan Pahang, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya Majlis Siraman dan Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal antara Tengku Muhammad dan Tengku Natasya.

Adat ini merupakan adat bagi sebelah keluarga bakal pengantin perempuan. Sebagaimana yang diketahui, Tengku Natasya berdarah kacukan Indonesia yang mana ibunya Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusomo Anngraini berasal dari negara tersebut. Kedua-dua majlis ini merupakan adat Jawa.

Seronok warganet melihat keunikan kedua-dua majlis. Bakal mempelai juga kelihatan gembira begitu juga dengan seluruh keluarga kedua belah pihak. Ini baru majlis sebelah perempuan sudah sebegini meriah, istiadat diraja yang bakal berlangsung nanti tentu lagi gah.

Jom tonton video di bawah :

@a.h_ediitszz

Replying to @cmspahang TAB 🤭😆 #tabtasya #tabtna #tengkuarifbendahara #tengkumuhammad #royalpahangfamily #royalpahang #pahangroyalfamily

♬ Selamat Pengantin Baru (Instrumental) – Instrumental

@a.h_ediitszz

Replying to @azharazreen ni video min edit gabung ..Salah silap auto subtitles harap dmaafkan 🫶🏻🥲 Istiadat Perkahwinan Putera Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober, 25 Oktober dan 27 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang. #KESULTANANPAHANG #tengkumuhammad #tengkuarifbendahara #tabtna #tabtasya #pahangroyalfamily #royalpahang #royalpahangfamily

♬ original sound – ✨A.H✨ – ✨A.H✨

Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan kepada pembaca :

” Wahhh abang sulung lepaskan adik2 dulu. terbaik! mantap! semoga majlis nanti berlangsung dengan jayanya dan dirahamati Allah SWT.. “

” Comel la tengku Ahmad, haha kena siram sekali. Adat perempuan ikut jawa.. mantap lah.. bukan selalu boleh tengok adat camni.. “

” Alhamdulillah tahniah untuk tengku berdua.. Ala comelnya.. TAB nak kawin dah.. ramai la wanita2 yg patah hati nanti.. “

” Kesian tengku ahmad kena pangku tengku Muhammad hehe.. skali kena bersiram, xpe amik berkat kan,.. Alhamdulillah.. “

” Tengku Ahmad tu macam ambil berkat abang. tapi serius semua comel.. siap beriba dengan tengku Ahmad, first time tengok ni.. “

” Bahagia laaa tgk mak mertua pak mertua sporting memang ceria hidup.. pilih keluarga terbaik.. sekufu.. “

” Alahai gambar last tu, comelnya anak raja pahang ni.. alhamdulillah tahniah tengku Muhammad.. tak sabar nak tngu majlis istiadat nanti.. “

” Hahah menggigil tengku muhammad kena siram.. sejuk sangat lah tu.. comel je gambar last tu.. semoga dipermudahkan urusan pernikahan.. “

Majlis yang menggembirakan seluruh keluarga bakal mempelai. Ramai yang tidak sabar untuk melihat majlis diraja nanti. Yang pasti, ramai gadis-gadis yang patah hati kerana seorang lagi putera raja Pahang yang kacak bakal berkahwin. Hanya tinggal Tengku Hassanal dan Tengku Ahmad sahaja lagi, siapa lah yang bertuah itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kesultanan Pahang , Tiktok A.H

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT