Artis / Selebriti
” Shila ni lupa ke dia mengandung, fuh boleh lompat-lompat. Ngilu perut aku, haha.. ” – Netizen

Video Persembahan Bekas Juara The Masked Singer Malaysia, Aina Abdul Dan Shila Amzah Buat Ramai Teruja. Dua-Dua Ada Suara Yang Padu. Shila Memang Energetic Sangat, Power Lah Walaupun Tengah Pregnant. Peminat Pulak Yang Risau !!
Tirai The Masked Singer Malaysia Musim 4 telah pun berlabuh semalam dan menyaksikan, Bunga Matahari dinobatkan sebagai juara. Banyak moment yang menarik menjadi perbualan wargamaya antaranya persembahan hebat daripada bekas juara The Masked Singer sebelum ini iaitu Aina Abdul dan Shila Amzah.
Apabila Bunga Raya dan Rambutan berpadu suara di atas satu pentas, memang lain macam auranya. Kekuatan vokal yang dimiliki oleh Aina dan Shila membuatkan juri dan penonton tidak hanya di auditorium malah di rumah juga teruja menonton persembahan mereka berdua.
Meninjau akaun Tiktok Remaja, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan Aina dan Shila ini. Bersemangat dan membara seperti baju mereka yang berwarna merah, kedua-duanya memberikan persembahan yang terbaik demi memastikan semua terhibur.
Apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah kelincahan Shila ketika menyanyi. Suara tone tinggi dan part tarik tu boleh tapau macam tu sahaja. Itu belum lagi Shila melompat-lompat ketika menyanyi, fuh ini memang ibu hamil paling bertenaga dan aktif.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@remaja.my FINAL #TheMaskedSingerMalaysia Wow bila Juara Musim -1 dan 2, Rambutan (ShilaAmzah), Bunga Raya (AINAABDUL) BERGABUNG! Memang letopsssss🔥 #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #TMSM4 #SiapaDisebalikTopeng
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Semalam shila ada show dekat macau harini dekat malaysia dah. fuh non stop. Seriously power betul ibu hamil ni.. ”
” Shila ni lupa ke dia mengandung, fuh boleh lompat-lompat. ngilu perut aku haha, hebat lah.. kita mengandung letih memanjang.. ”
” Shila lupa agak nye dia tengah bawa bby. blh dia lompat2 dgn heels.. ni baby keluar nanti mesti super aktif macam mamanya.. ”
” Hebatnya Shila Amzah.. Happy tengok Shila, hilang betul beban dalam kepala dia.. bila sparring dgn same level… puas hatiiii.. yg mendengar pon enjoyy jeee.. ”
” Nanti baby keluar mesti power macam mama dia.. mantap Shila.. hardworking betul ea Shila ni. rezeki anak.. ”
” Risauuuuu nengok Shila lompat2…. mak buyung tu menandunggg tawww tawww.. Aktif betul dia ni … tp suke tengok… Take care beb… aummm.. ”
” Wow enjoy wei. sedap shila nyanyi dengan aina. 2 suara yang selalu letop.. sedap betul suara dua diva ni.. ”
Persembahan yang berjaya memukau semua, yang penting comel sahaja dua diva ini menyanyi. Apabila juara dengan juara bertemu, yang tengok pun rasa hendak melompat sama. Apa-apa pun, semoga Shila dan Aina terus maju jaya dan kerjaya. Pesanan untuk ibu hamil, take care Shila dan terus bertenaga.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Remaja, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen