Artis / Selebriti
” Sesiapa boleh translate Jebat nyanyi. Siap berdengung lagi, haha.. ” – Netizen
Video Jebat Jayden Menyanyi Dalam Bahasa Cina Buat Warganet Terhibur. Amboi Jebat, Sejak Ada Awek Jepun Mix Cina Ni Bukan Main Lagi Yer. Berdekah Mummy Gelak Dengar Lirik Jebat Tu. Apa yang Kungfu, Kungfu Tu Jebat, Haha !!
Kisah Sharnaaz Ahmad dan anaknya, Jebat Jayden seringkali menarik perhatian ramai untuk membacanya. Jebat sekarang semakin fasih bercakap dan panjang akalnya. Ada sahaja kelakuan Jebat yang menggeletek hati dan membuatkan ramai terhibur.
Meninjau akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jebat sedang menyanyi lagu dalam bahasa Cina. Jebat ketika itu sedang berbaring di sisi mummynya, Noornabila. Tulis Sharnaaz dalam nada bergurau di ruangan kapsyen, sejak Jebat ada awek Jepun mix Cina, lain macam betul lagunya.
Mendengar nyanyian Jebat itu membuatkan warganet turut sama terhibur. Confident sungguh Jebat menyanyi lagu bahasa Cina yer. Bak komen warganet, dalam banyak-banyak yang disebut Jebat, hanya dapat menangkap perkataan ‘kungfu kungfu ‘ sahaja.

Nabila sendiri pun tidak boleh menahan ketawanya mendengar nyanyian Jebat. Kembang kempis hidung Jebat menyanyi, kelakar betul Jebat ini. Tambah warganet lagi, tentu Jebat ini terikut dengan perangai babanya yang banyak akal.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Boyfriend efforts camni, kita bagi 200 marks haha.. Tunggu nanti dia up japanese songs pulak. Bukan Penang biasa biasa ni.. ”
” Panjang akaiii macam baba dia lah ni hahahaha.. Hidung tu kembang kucup hahaahhh nmpk nau feeling dia.. ”
” Habis la loghat peneng pah ni mat, anak hantu nak jadi anak cina pulak haha.. yang si mak pun tak leh tahan tergelak dengar Jebat nyanyi haha.. lucu lah Jebat ni.. ”
” Lidah tersentil.. comel haha.. kemain ek jebat.. fefiling nyanyi untuk awek ka boy hehe. Penghibur betul lah boy ni.. ”
” Dengan reaksi muka nyaa, nadaa part last tu menjiwai betoi.. Dalam betul qolqolah tu baby.. lucu betul dengan kita pun tergelak dengan nabila gelak tu haha.. ”
” Ok la, faham faham.. saya jat0h cinta lirik dia hehe. Allahu… Anak bertuah.. lain macam taste Jebat, Cina +jepun terus.. ”
” Aduh jebat… mcm baba la.. sesiapa boleh translate Jebat nyanyi haha, kemain eh Jebat, fasih betul siap berdengung lagi haha.. Aku dengar kungfu kungfu ja haha.. ”
Alahai Jebat, ini kalau awek Jepun mix Cina Jebat dengar confirm dia cair. Menyanyi macam betul-betul fasih bahasa Cina, tapi tak tahu apa yang Jebat sebutkan itu. Apa-apa pun, Jebat memang menghiburkan hati mummy dan semua yang menonton nyanyian Jebat ini. Semoga ceria-ceria selalu Jebat kesayangan ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy harap sampai tua nanti anak-anak akan tetap buat macam ni dengan Mummy dan Daddy.. ” – Watie




