Connect with us

Artis / Selebriti

” Serius la Fikry dah nikah. Dalam diam tau-tau dah nikah.. ” – Komen Netizen

Video dan gambar sekitar majlis akad nikah Fikry Ibrahim dan pasangannya, Siti Khalizah raih perhatian ramai. Wah tiada angin dan tiada ribut, tiba-tiba sahaja Fikry sah jadi suami orang. Cantik isteri Fikry.. 

Kecoh diperkatakan di media sosial mengenai berita pernikahan pelakon Fikry Ibrahim. Ianya berikutan tularnya gambar dan video yang mamaparkan Fikry di sebuah masjid menyempurnakan majlis ijab dan qabul bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Siti Khalizah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Hlive dan Tiktok Imani Imtiyaz, telah dikongsikan video dan gambar sekitar majlis akad nikah Fikry dan Khalizah. Fikry dan isteri kelihatan begitu anggun mengenakan busana pengantin mereka berwarna putih.

Pada awalnya ramai yang menyangka ini adalah shooting untuk drama, namun ternyata ianya benar-benar majlis pernikahan Fikry. Menurut perkongsian oleh MUA yang bertanggungjawab untuk menyiapkan pengantin perempuan, majlis ini berlangsung di Kedah.

Turut sama kelihatan dalam video itu kelibat ibu Fikry yang duduk di atas kerusi roda. Berita ini disambut gembira oleh semua peminat Fikry dan tidak kurang juga yang merasa kecewa kerana hero pujaan ramai ini sudah off market. Sama cantik dan sama lawa, sepadan sangat Fikry dan isteri.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@imani.imtiyaz

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru utk adik kakak @afikryaibrahim dan isteri. Moga kekal bahagia hingga ke Jannah. Terkejut lg nie. Betul2 x sangka. Kakak tumpang bahagia bila tgk adik kakak dh btemu pasangan hati. fikryibrahim Credit igs : Kawan Fikry

♬ bunyi asal – Abd Aziz Abdullah – Abd Aziz Abdullah

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Hampir 8000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Serius la Fikry dh nikah.. dalam diam tau-tau dah nikah je.. tahniah2.. Cantik isterinya.. Alhamdulillah moga bhgia dunia akhirat.. “

” Dah kahwin dah fikri… senyap2 ja dia.. selalu tgok dlm drama je dia kawin..yg ni betul2.. Random news ni.. selalu dia update jaga mak dia ja.. apa pun tahniah.. “

” Alhamdulillah semoga bahagia dunia akhirat untuk Fikry dan isteri. Fikry dah off market korang.. “

” Tahniah… selamat pengantin baru Fikry gn pasangannya Siti khalizah.. SMG sihat selalu,dpmdhkn sgl urusan kalian, bahagia ke jannah n sentiasa dlm rahmat Allah.. amin.. “

” Diam-diam lagi bagus dari war-warkan satu dunia tapi last2 kata kawan je.. Alhamdulillah tahniah Fikrie Ibrahim. semoga till jannah.. “

” Tahniah Fikry n Wife Selamat Pengantin Baru Semoga BerKekalan Ke Akhir Hayat.. semoga menjadi keluarga yg sakinah mawaddah warahmah.. “

” Alhamdulillah syukur dah kawin… boleh sambut puasa sama2 … Raya sama2.. tahniah..cantik.. selamat pengantin baru fikry n isteri.. semoga bahagia hingga jannah.. “

Berita ini benar-benar menggemparkan dan membuatkan semua terkejut. Apa-apa pun, ianya benar dan sahih Fikry telah pun bergelar suami. Kami di Berita Kopak ingin merakamkan ucapan tahniah buat Fikry dan isteri dan semoga bahtera perkahwinan ini sentiasa dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hlive, Tiktok Imani Imtiyaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT