Artis / Selebriti
” Serious lah, Ara dah besar. Lama tak tengok, tinggi dan cantik.. ” – Netizen
Penampilan Terkini Anak Aziz M. Osman, Puteri Nur Azzahra Yang Kini Sudah Berusia 13 Tahun Raih Perhatian Ramai. Alahai Dah Besar Lah Anak Dara Aziz Ni, Dah Sama Tinggi Dengan Papa Dia. Teringat Masa Kecil Dulu Ara Selalu Buat Tutorial Makeup !!
Perkahwinan antara pengarah terkenal, Aziz M Osman dan Puteri Lily Lokman telah pun berakhir tahun lalu. Mereka telah dianugerahkan 2 orang cahayamata iaitu Puteri Nur Azzahra dan Putera Muhamad Aryan. Sekali pun tidak lagi bersama sebagai suami isteri, hubungan pasangan ini tetap baik demi anak–anak.
Aziz dan Puteri Lily bergilir menjaga anak mereka itu dan masing-masing dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Meninjau entry di akaun Tiktok Puteri Lily Lokman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ara ketika Aziz mengambilnya di rumah Puteri Lily.
Kelihatan Ara dan Papanya itu sudah memiliki ketinggian yang sama. Puteri Lily juga sempat membebel menyuruh Aziz memotong rambutnya yang sudah panjang itu. Aziz pula fokus ke arah jalan dan membawa Ara melintas jalan untuk menaiki kereta yang diletakkan di seberang jalan.

Apabila anak sudah meningkat remaja, ayahnya pun kelihatan seperti sebaya sahaja dari pandangan belakang. Ramai juga yang memuji kecantikan Ara. Cepat masa berlalu, Ara kini sudah pun 13 tahun usianya. Sudah anak dara, patut lah papanya menjaga Ara dengan teliti.
Jom tonton video di bawah :
@puterililylokman Weekly routine🙂 sama tinggi dah anak beranak ni😄 @ara 𐐪𐑂 @Aziz M.Osman
Antara perkongsian lain Ara bersama papanya :
@arararaziz hes so done w me 🥰 @Aziz M.Osman
Perkongsian oleh Puteri Lily ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Serious lah, Ara dah besar. Lama tak tengok, besar dah dia. Macam jalan dengan boyfriend je hehe.. ”
” Ya Allah dah besar si Ara ni. bile masa si ara nie besar.. yg Allah nampak la ak nie da tua haha.. ”
” Lama nyaa tak tengok ara.. dulu selalu tengok video dia buat make up tutorial huhuhu… besar dah.. ”
” Weii dlu dia “im cinderela” .. remaja dah budak ni.. Ara dah besar, tinggi dan cantik. Macam girlfriend ayahnya pulak .. ”
” Alah comel je dua-dua.. Ingatkan tu kawan Ara, rupanya ayah dia. sori en aziz hehe, comel sangat.. Nak sama tinggi dah.. ”
” Lawa weii anak dara dia.. Ara kan ni, cepatnya dia besar.. hahahaa bapak nye menonong jeee.. tkut kene ptg rambut kalau toleh.. ”
” Ni budak kecik yang suka mekap mekap dulu tu ke? siyesss aaa.. wehhh dh tua rupanya aku wehhh.. ”

Jelas kelihatan ketinggian Ara dan Aziz yang hampir sama itu. Sedikit sahaja masa lagi, pastinya Ara akan lebih tinggi daripada papanya. Apa-apa pun, semoga Ara menjadi anak yang solehah dan selalu menyenangkan hati kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Puteri Lily Lokman, IG Ara Rara Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen



