Artis / Selebriti
” Senyum Lisa tu seram eh, berderau jantung Yusry. Lisa belas dendam ni, haha.. ” – Netizen
Video Lakonan Datuk Yusry Abdul Halim Dan Isterinya, Datin Lisa Surihani Buat Ramai Terhibur. Memang Ramai Para Suami Hadap Masalah Macam Ni. Tapi Ekpresi Wajah Lisa Tu Sesuatu Sangat. Kes Yusry Salam Tu Tak Settle Lagi Ke, Haha !!
Sejak kejadian tak disengajakan Datuk Yusry Abdul Halim bersalam dengan seorang model ketika majlis Ariani baru-baru ini, Yusry dan isterinya, Datin Lisa Surihani menjadi usikan warganet. Gelagat mereka sebelum ini menggeletek hati ramai.
Meninjau akaun Tiktok Yusryabdhalim7 iaitu salah satu akaun peminat Yusry, telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonan Yusry dan Lisa yang mencuit hati. Ianya berkisarkan situasi yang selalu dihadapi oleh para suami ketika memberitahu isteri ingin keluar lepak bersama kawan-kawan.
Respon Lisa yang tersenyum dan hanya menjawab ‘ okey ‘ membuatkan Yusry merasa pelik. Selalunya kalau diberitahu ingin keluar menonton perlawanan bola sepak bersama kawan-kawan ada sahaja soalan yang ditanyakan serta bebelan panjang tetapi kali ini mudah sangat dapat keizinan.
Senyuman, jelingan mata dan ekspresi wajah Lisa membuatkan warganet terhibur. Ditambah pula muka Yusry yang cuak dan tertanya-tanya, ramai pula yang mengusik mengaitkan dengan peristiwa bersalaman Yusry itu. Ada-ada sahaja idea warganet mengusik pasangan ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@yusryabdhalim7 Ada isteri korang macam ni tak? π€£ #yusryabdulhalim #lisasurihani #lisayusry #fyp #foryoupage #fypγ· #fypage #foryoupage #esekali #lisayusry #fyp #foryoupage #fypage #fypγ·γviral
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bang yg haritu dah setel ke haha. Ni mesti lisa nk balas dendam pasal tersalam ni haha.. senyum lisa tu seram eh, lagi-lagi jawapan sepatah dia. Berderau jantung eh yusry haha.. ”
” Aku rasa ramai lelaki alami benda yang sama macam yang bro yusri alami.. Lisa punya gaya ni limited betul, takde ganti.. ”
” Yang jawab pendek tu yang buat jadi serba salah tu haha.. Dia akan simpan lama sejak salam hr tu.. Lesen tgk bola 1 season dh ditarik.. ”
” Jawapan ok memang tak relax mat haha. jgn takut Abg.. beras kita beli… kawan saya bilang.. ”
” Bang… kak lisa masih lagi tepuk-tepuk sambil tenung sampai sekarang ke??Β ape ending dia eak…. hahaha.. menunggu tahu endingnya haha.. ”
” Kalau senang-senang lepas, jadi takut pulak nak keluar haha.. teringat kes dia salam ngn pompuan tu hahahaha lawakla…muka yusri x bole blah.. ”
” Jangan lupa ek Yusryyyyy… semalam Lisa da jeling masa salam tu haha. tak setel lagi ker nie.. lain machiam.. ”
Rakasi wajah Yusry dan Lisa mencuit hati peminat. Kedua-dua memang hebat berlakon, macam real sahaja walhal tidak ada kaitan pun dengan kehidupan sebenar mereka. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga warganet juga terhibur melihat lakonan Yusry dan Lisa ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Yusryabdhalim7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza