Artis / Selebriti
” Senyum kalau nak menantu awal.. ” – Hadie
Video Hadie menyakat ibunya, Ina Naim senyum jika nak menantu awal buat ramai terhibur. Kelakar tengok Ina besarkan mata, berdekah Hadie gelak. Tapi part last tu macam Hadie ada bagi hint sesuatu je, siap tepuk-tepuk Sallman lagi. Ehem, ehem..
Anak kepada pasangan selebriti Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie, kini semakin dikenali ramai selepas menyertai pertandingan nyanyian dalam rancangan Talk To My Manager baru-baru ini. Jika melihat wajah Hadie, saling tidak tumpah seperti arwah bapanya.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik camyy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hadie bersama ibu dan adiknya, Sallman serta bapa tiri mereka di sebuah gerai makan. Menerusi video tersebut, Hadie dilihat menyakat Ina dengan menyuruh ibu dan bapa tirinya senyum sekiranya mahu mendapat menantu awal.
Namun, apa yang mencuit hati adalah reaksi Ina yang menahan diri daripada tersenyum sehingga dia terpaksa membesarkan matanya. Melihat telatah ibunya itu, Hadie tidak dapat menahan ketawa dan berkata tidak mengapa jika lambat, asalkan orangnya tetap sama.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur melihat reaksi spontan Ina yang begitu mencuit hati. Selain itu, ada juga warganet yang menasihati Hadie agar bersabar untuk mendirikan rumahtangga memandangkan usianya masih muda.
Tonton video di bawah ini :
@cammmyyy._ so cute this family 😍 btw bak kata adi “biar lambat yg penting ttp org tu” 😌 @ADI?
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menonton video ini dan pelbagai reaksi turut diberikan. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan oleh warganet adalah :
” Amboi kemain lagi dia menyakat ibunya. Kelakar weh tengok Ina besarkan mata, haha.. Sabar Hadie, sabar, muda lagi, haha..
” Gurau2 mcm ni best je.. Gelak ketawa membawa bahagia… Hadie pun pandai lawak.. Ina relex jer.. Daddy pun terbaik.. “
” Sendiri cakap sendiri blushing. Aku lah si Adi ni kan, hahaha.. Sabar anak… Terokai kehidupan dulu… Doa banyak2… serah pd Allah… Manusia merancang.. “
” Hadie sambut renungan ibunya / menager (Ina Naim) dengan gelak sambil hhemm tepuk² bahu adiknya Sallman, haha.. “
” Weiii aku terbahakk kat opis weii sib baik aku sorang2.. Ina always sweet baby face orang yg beriman Dan baik hati Aamiin.. “
” Lawaknya, adoii muka Ina.. Yang si bapak senyum camner tu, hehe.. Acik pun tergelak jgkk… Tengok mama buat muka mcm tuu.. “
” Wahhhhh… Kata” nampak simple tapi penuh makna… Comelllnya Ina Naim, maintain je nampak muda, anak2 semua dah besar, nampak seiring je umur dengan anak.. “
Alahai, seronok melihat kebahagiaan keluarga ini. Sporting betul Ina dan suami melayan anak-anak mereka. Apa-apa pun, perkongsian video ini hanyalah gurauan Hadie terhadap ibunya. Semoga Hadie terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan kekal menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok camyy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

