Artis / Selebriti
” Senang betul kerja Amayan, last-last dia suruh kawan dia yang buat live dan jual.. ” – Komen Netizen

Video Ammar Ahyan membuat live bersama rakan-rakannya menjual jeruk mangga buat ramai terhibur. Senang kerja Ammar, kawan-kawan yang tolong promote. Function teruk kawan-kawan Ammar terutamanya yang baju oren tu..
Kebiasaannya warganet akan melihat anak sulung pengasas kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan live bersama papanya. Ada masanya juga, Ammar akan live berseorangan mempromosikan produk-produk keluaran syarikat papanya itu.
Pada perkongsian terdahulu, rakan baik Ammar bernama Rais bersiaran langsung bersama Ammar. Kali ini, bukan hanya Rais tetapi live Ammar disertai beberapa lagi rakannya. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Me_media33, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika live berlangsung.
Ammar kelihatan begitu santai sahaja dan rakan-rakannya ini yang ‘menghidupkan’ live itu. Rakan Ammar yang berwajah Cina memakai baju t-shirt berwarna oren paling menyerlah dalam live tersebut. Walaupun tidak ada maklumat yang detail mengenai jeruk mangga yang dijual, dia tetap juga mempromosikan produk itu.
Warganet terhibur melihat live ini dan Ammar lebih santai apabila bersama rakan-rakan berbanding bersama papanya. Warganet juga turut mengusik mengatakan Ammar sudah kelihatan seperti gaya Dato’ Aliff. Secepat yang boleh Ammar mahu live berakhir dan menyuruh viewers segera membuat pembayaran.
Jom tonton video di bawah :
@me_media33 😂Dato Alif Syukri Minta Ammar Ahyan Friends Berniaga😂 #tiktok #viral #gosip #fyp #malaysia #terlajaklaris
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Senang btl kje ammayan last2 dia soh kwn dia yg wat live n jual.. bagi gaji lebih skit kat y oren tu… paling komited.. “
” Bapak dia kan ada ckp, semua org dlm rumah ni kena pandai niaga. spe yg dtg rumah klau tk pndai niaga dia halau sruh balik. bibik pun sama smua kna pandai niaga tak boleh malu.. “
” Senang keje ko yer amnar yan.. Kawan2 dia pulak yg kena bercakap.. tiba2 Amayan dah rasa jadi boss.. “
” Kawan-kawan Ammar lg seronok buat live dr Ammar.. Ammar tak sabar² nak end live.. Sapa2 masuk rumah dato confirm kene berniaga sekali.. “
” Lebih kepada lepak depan live dari meniaga.. Ammar terus jadi alif syukri haha.. senang parents diorg pantau .. tgk jer live tau jer kat mana.. “
” Ingat ya gaaiss siapa jer masuk rumah papa jangan harap terlepas dari berniaga.. Saya rasa lepas ni satu kelas ammar datang tolong ammar niaga ni nanti datuk.. “
” Betul lh kata Dato’ Aliff Sukri .. siapa2 je masuk dlm rumah dia.. kena berniaga,kena promote brg… dengan kwn2 Ammar sekali kena berniaga.. “
Seronok warganet melihat telatah kawan-kawan Ammar itu. Semua excited kerana dapat live bersama tetapi Ammar pula tidak sabar hendak mengakhiri live. Selepas ini, agaknya siapa pula akan live bersama Ammar. Bak komen warganet, setiap yang datang rumah Datp’ Aliff Syukri, pasti kena buat live, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Me_media33
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen