Artis / Selebriti
” Semua Aisha nak, comel sangat ni haha.. ” – Netizen
Aidil Aziz Kongsi Video Anaknya, Aisha Amaira Bermain Dengan Anak Patung. Halah Halah Si Kecil Ni, Bulat Mata Tengok Mainan. Semua Dia Nak, Comel Sungguh !!
Anak sulung Aidil Aziz dan Fasha Sandha, Aisha Amaira antara si kecil popular yang lahir tahun lalu selain anak Emma Maembong dan anak Farah Nabilah. Setiap kali wajah Aisha dikongsikan, pastinya menjadi tumpuan ramai.
Aisha kini sudahpun berusia 9 bulan dan membesar dengan sihat sekali. Memiliki kulit putih gebu, Aisha juga mempunyai senyuman yang manis. Meninjau akaun Instagram Aidil Aziz, telah dikongsikan satu video terbaru Aisha.
Video ini yang dirakamkan oleh Aidil memaparkan gelagat Aisha ketika bermain dengan mainan anak patungnya. Aisha yang memakai baju berwarna putih dengan headband di kepala nampak semakin temb4m pipinya.

Kelihatan di tangan Aisha ada 2 anak patung kecil yang berwarna biru dan merah jambu. Bak kata Aidil, semua Aisha mahu. Bila Aidil memegang mainan lain berwarna hijau, terus dilepaskan anak patung di tangan untuk memegang mainan itu pula.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Aisha ini mendapat perhatian peminat. Ish si kecil ni, dengan mata bulat tu lagi nampak comel. Antara komen-komen peminat :
” Comel Aisha, muka Fasha sebijik. Dah sihat dia ye, alhamdulillah. Semoga sihat-sihat selalu baby.. “
” Comelnya dia, makin cute. Doakan saya dikurniakan rezeki dapat anak girl comel macam Aisha jugak ye.. “
” So cute and clever girl. Alhamdulillah, bijak sangat ni cucunda kak Kiah. Comel ger4m tengok Aisha ni.. “
” Comel sangat Aisha rasa nak gig1t je. Semua dia nak haha, comel sangat. Dengan anak patung pun jeles ni daddy tep0k-tep0k haha.. “
Semua depan mata semua nak gayanya ni Aisha sayang. Mata tu tak berkelip pandang ke arah kamera, cerdik sangat. Kali ini tak dapat tengok senyuman Aisha, masam dan serius sahaja muka si kecil ni.

Tak lama lagi Aisha bakal berusia setahun. Semakin besar, semakin jelas nampak iras muka Fasha. Apa pun, semoga Aisha membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang solehah, ceria dan bijak. Insha Allah..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aidil Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E

