Artis / Selebriti
” Sempat lagi ek, jangan percaya sangat Ustaz Madi ni, haha.. ” – Netizen
Video Azhan Rani Berbual Dengan Seorang Kanak-Kanak Afghanistan Dalam Bahasa Melayu Buat Ramai Terhibur. Wah Fasihnya Safia Cakap Melayu. Sempat Lagi Ustaz Madi Tanya Ada Kakak Ke Tak, Haha !!
Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian sebuah video Azhan Rani ketika berada Tanah Arab menunaikan umrah telah dikongsikan. Video ini memaparkan perbualan Azhan bersama seorang kanak-kanak perempuan yang berasal dari Afghanistan.
Kanak-kanak tersebut sebenarnya seorang jurujual dan menawarkan barang jualannya kepada Azhan. Apa yang menarik ialah kanak-kanak ini fasih berbahasa Melayu. Kanak-kanak ini memperkenalkan dirinya dengan nama Safia.
Kefasihan Safia membuatkan Azhan teruja sehingga bertanya kepada Safia jika dia mempunyai seorang kakak. Namun jawapan yang diberikan oleh Safia ialah tiada. Disebabkan itu, Azhan berseloroh untuk tidak mahu membeli barang jualan Safia.

Tetapi Safia tidak berputus asa, dia tetap mempromosikan barangannya kepada Azhan. Azhan sempat lagi bergurau dengan Safia. Wah, mestilah seronok apabila bertemu seseorang yang berbangsa asing tetapi sangat fasih berbahasa Melayu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, para netizen sempat lagi bergurau mengenai watak ustaz Madi. Antara komen-komen yang diberikan :
” Jangan percaya sangat ustaz madi ni, silap2 nanti dia serap masuk madrasah, disuruh kutip derma kat pasar malam.. haha.. “
” Jaga ustaz ni bahaya haha.. ustaz madi ni bahaya dik. pergi jual tasbih kat ustaz lain.. azhan rani ni sempat lagi ek.. Aku ingat budak ni masa kat Masjid Quba jual perfume dan tasbih.. “
” Watak ustaz madi hati hati dik nnti suh mintak derma kang tk dpt cari nur.. semoga Allah permudahkan semua urusan kita.. “
” Ustaz madi ni.. hahaha.. hati hati dik.. Warga asing berlambak. Tolong hantar balik negara masing2. Terutama kat Sabah sini. “
Sekadar info, Azhan amat popular dengan watak ustaz Hamadi atau Madi yang dipegang olehnya dalam drama bersiri Nur. Watak ustaz Madi ini merupakan seorang ustaz yang jah4t dan pandai berselindung di sebalik perwatakannya yang alim.

Dalam berbual sempat lagi Azhan mengusik kanak-kanak tersebut. Video ini diambil menerusi Instastory Azhan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Azhan Rani mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan ketika berada di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Boom Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen

