Artis / Selebriti
” Sempat ko mengumpat kita ya Red, haha.. ” – Bekas Isteri Pertama
Video Perbualan Dato’ Red Meminta Anak Sulungnya, Aziera Supaya Cepat Berkahwin Buat Warganet Terhibur. Amboi Siap Cerita Cara Mengorat Bekas Isteri Pertama Dulu. Sekali Mantan Komen, Aiyokk Dato’ Red. Kantoi Lah, Haha !!
Dato’ Red semakin dikenali ramai dan setiap kali membuat live, pasti ramai followers yang mengikuti sesi live nya itu sehingga habis. Jika selalunya Dato’ Red bersiaran bersama Adira, kali ini anak sulung Dato’ Red, Aziera pula dilihat bersama papanya itu.
Untuk makluman semua, Aziera merupakan anak sulung hasil perkahwinan pertama Dato’ Red dahulu. Aziera yang sudah berusia 25 tahun ini juga sangat akrab dengan Adira. Bagi yang belum tahu, sebelum menikahi Datin Red atau Sharifah Shafila, Dato’ Red pernah berkahwin sebelum itu. Meninjau entry di akaun Tiktok Ayu Kekasih The Melvin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Dato’ Red bersama Aziera.
Dato’ Red memulakan perbualan dengan bertanyakan kepada anaknya itu bila Aziera akan berkahwin. Sambil ketawa, Aziera memberitahu dia belum bertemu jodoh dan orang yang sesuai lagi. Sebagai seorang ayah, Dato’ Red membebel panjang kerana risaukan anaknya akan menjadi andartu.

Sempat juga Dato’ Red memberi amaran tetapi dalam nada berseloroh kepada Aziera mengatakan sekiranya Aziera tidak kahwin juga sebelum hari raya Aidilfitri tahun hadapan, papa yang akan berkahwin dahulu. Dato’ Red turut berkongsi cerita bagaimana dia mengorat ibu Aziera berpuluh tahun dulu.
Jom tonton video di bawah :
@ayu_kekasih..themelvin Bila papa interview anak sulongnya pasal kahwin😅 #fyp #abgred #datored #adirasuhaimi #adira #ami #artist #anakkandung #pramugari #aziera
♬ original sound – Kekasih Rahayu Agent Selangor – Kekasih Rahayu Agent Selangor
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sebenarnya papa yang nak kahwin hahah.. Papanya sentiasa ada calon.. comel je tengok Aziera minta Ami backup.. ”
” Cantik anak dia ni, lawa muka dia.. papa cuba papa doa utk anak cepat dapat jodoh… bukan papa doa papa ja cepat jodoh no 4.. ”
” Papa ugut ada makna tu haha.. Jangan bagi papa kawen lagi 1.. haha kena mandi bunga tu bagi aura bangkit… ”
” Ewah Dato’ Red.. lawak betul bila Dato cakap ‘kakak jangan sampai papa kawen lagi satu’. haha angan-angan besar terus ye tok red.. ”
” Haa bapak yang baik.. cepat berjodoh aamin.. Steady lah ada papa macam ni.. Jangan risau papa, saya akan penuhi hajat papa itu haha.. ”
” Bagus family dato’ red ni, enjoy je. yg betul papa nk bg tau yg papa nk kawin lepas raya hehe.. ”
” Larr ni anak yang disuruh kawen ke atau ayah nak kawen haha.. nmpk mcm lawak kan.. tp tokred mlalui up n down dlm rumahtgganya dr yg ptma smp k3. tp bila anak2 byk, bsar dpn mata.. gembira rasa. nmpk sgt tokred papa yg baik btgjwb. ank2 smua syg dia.. ”
” Best dgr abg red borak dgn anak sulung dgn ami adirasuhaimi.AMI mcm member2 je… hehehehe.. ”
Bekas isteri pertama Dato’ Red juga ada meninggalkan komennya di posting ini.


Bagus ukhwah yang terjalin dalam keluarga Dato’ Red ini. Tiada istilah bermusuhan atau bermasam muka, masih tetap berhubungan dan boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun sudah tiada ikatan. Semoga kebahagiaan Dato’ Red ini berkekalan sampai bila-bila dan gembira selalu Dato’ Red.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ayu Kekasih The Melvin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

