Artis / Selebriti
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis akad nikah anak DS Khalid Jiwa, Aazief Khalid bersama pasangannya, Izza Athirah. Part DS Zawyah sebak melepaskan Aazief menyentuh hati ramai..
Selepas tular video majlis berinai bakal isteri anak kepada Dato’ Khalid Jiwa, Aazief Khalid semalam, hari ini berlangsung lah majlis akad nikah Aazief dan pasanganya. Ini majlis yang ditunggu-tunggu oleh kaum keluarga kerana Aazief akhirnya mempunyai suri hati.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official dan Majalah Nona, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis akad nikah Aazief dan pasangannya, Izza Athirah. Ijabqabul ini disempurnakan sendiri oleh ayah Izza selaku wali.
Dengan sekali lafaz sahaja, Aazief dan Izza sah sebagai pasangan suami isteri. Aazief memberikan mas kahwin 1 dinar emas kepada Izza. Aazief dan Izza tampil cantik dan anggun dalam busana pengantin berwarna putih. Bak kata pepatah, bagai pinang dibelah dua.

Sejuk mata memandang wajah Izza yan cantik dan penampilannya yang sopan itu. Ibu kandung Aazief, YM Tengku Datin Sri Zawyah juga sebak ketika melepaskan anak bongsunya ini. Selamat datang ke alam rumahtangga Aazief dan Izza, fasa baru dalam kehidupan mereka bermula.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Syukur Alhamdulillah, tahniah Aazief.. Selamat pengantin baru dan semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.. “
” Tahniah Aazief dan pasangan.. Selamat menempuh alam baru Aazief.. aamin syukur semua dipermudahkan.. “
” Tahniah Aazief.. tak Aazief, saya tunggu Afwa lah hehe.. syukur alhamdulillah.. selamat pengantin baru Aazief.. “
” Alhamdulillah tahniah… zief.. selamat pengantin baru.. cantik pengantin perempuan.. berseri-seri naik seri pengantin tu.. “
” Cepatnya Aazief Khalid membesar.. ingat lg gmbr comel beliau duk sebelah Dato’ CT mase kanak2.. terharu pula rasa tgk bonda beliau melepaskan anak bongsu.. “
” Tarikh yang sama Tok ti menikah dengan Dato’ Khalid Jiwa.. Ingt dlu tgk gmbr dia kcik LG dh kwin dh kjap je Msa maknanya aku dh trlmpau tua.. “
” Bahagianya hati seorg ibu.Lengkaplah sudah hati dan impiannya setiap ank yg dkandung semua dah mendirikn rumahtangga. Lega rasanya hi hi… Tahniah Tengku Zawyah dan Datuk K.. “
Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah Aazief dan segalanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Tahniah buat Datuk Khalid, Datin Tengku Zawyah dan tidak lupa Dato’ Seri Siti Nurhaliza kerana menerima menantu baru. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan, IGs CTDK, IG Majalah Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

