Artis / Selebriti
” Sekali Dato’ K pun bertiktok gara-gara Tokti, haha. Comel yang amat.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Sri Siti Nurhaliza Dan Dato’ Khalid Jiwa Join Trend Tiktok Buat Warganet Terhibur. Wah Sporting Betul Dato’ K Walaupun Kena Paksa. Malu-Malu Tokti Bila Part Lirik ‘Cantik Macam Dato’ Siti’ !!
Applikasi Tiktok antara yang menjadi pilihan ramai masa kini. Pelbagai perkongsian menarik dapat ditonton di platform ini dan hampir semua selebriti negara juga aktif di applikasi Tiktok. Salah seorangnya adalah penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Meninjau entry di akaun Tiktok Toktitiktok, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan DS Siti membuat video trend yang hangat sekarang. Lagu Aku Anak Pahang memang kena dengan asal DS Siti. Jika selalunya DS Siti hanya sendirian membuat video, kali ini Dato’ Seri Khalid Jiwa juga terjebak sama.
DS Siti melakukan miming lagu tersebut sambil menunjukkan buah durian di tangannya. Antara lirik lagu tersebut ada menyatakan ‘ cantik macam Dato’ Siti ‘ dan spontan DS Siti mengalihkan kameranya ke arah Dato’ K yang duduk di sebelahnya. Dato’ K memang sporting dan mengikut sahaja rentak DS Siti.

Sambil menunjukkan jari ke arah DS Siti, Dato’ K tersenyum. DS Siti pula yang tersipu malu, dalam lagu pun orang memuji kecantikan DS Siti. Di ruangan kapsyen pula, DS Siti berseloroh mengatakan Dato’ K kena paksa membuat Tiktok ini. Comel betul tengok sweet couple ni.
Jom tonton video di bawah :
@toktitiktok Hahahhaa… Dato K kena paksa buat tik tok ni!!! Hehehe. #fypp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tokti join trend ni, comelnya. Dato’ K pula melayan je.. Tokti kunyah lirik pun tetap onz hehe.. ”
” Weyy Dato’ K pun layan, sabar jela Tokti ni. Comel sangat.. part ‘cantik mcm dato siti’ tu alahai nampak sgt dia malu humble sungguh.. ”
” Walaupun miming salah tetap teruskan and tetap cantik haha. time rap ‘cantik macam dato siti’ dier alih hp.. hahah segan.. ”
” Dato k main tiktok bukan main weehh haha.. pasti kena paksa dengan tokti. afwa pun layan je ibu ayah dia.. comel lah tokti dato k ni.. ”
” Sekali Dato’ K pun bertiktok gara-gara Tokti haha.. Comel tengok dato k tunjuk jari dekat tokti tu.. comel yang amat.. ”
” Comelnya tokti, dato k pun kena join jugak haha.. Sporting dato k, kita lak yang tersengih-sengih tengok dorang berdua ni.. ”
” Alaa tersengih je tengok haha. Ceh Dato K suruh buat sebab wife dia yang cantik tu hehe.. dato K melayan je tokti haha.. cantik macam dato siti.. tuan punya badan tersipu malu haha.. ”

Bila DS Siti join trend, memang gempak hasilnya. Tersenyum warganet melihat telatah DS Siti dan Dato’ K itu. Kena paksa pun, Dato’ K memang terbaik lah. Afwa juga yang terpinga-pinga melihat ayah dan ibu bermain Tiktok. Terhibur betul warganet menonton video ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Toktitiktok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

