Artis / Selebriti
” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
Video Jebat Jayden bercerita tentang rama-rama dan belalang kepada babanya, Sharnaaz Ahmad buat ramai terhibur. Macam tu je Jebat ‘goreng’ Baba dia. Dia tak tahu ke Baba dia tu Ghaz. Part Sharnaaz tunjuk rama-rama tu lawak jawapan Jebat, haha..
Anak kepada pelakon popular Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden sememangnya terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang ceria dan kelakar. Setiap kali dikongsikan video atau gambarnya di media sosial, pastinya membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sharnaaz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Jebat berkongsi cerita kepada bapanya mengenai cara menangkap rama-rama dan belalang. Telatah Jebat yang begitu bersungguh-sungguh ketika bercerita mencuit hati ramai.
Walau bagaimanapun, Sharnaaz turut menunjukkan sebuah bekas yang berisi seekor rama-rama yang telah ditangkap oleh Jebat. Namun kelihatan serangga itu seperti tidak lagi bergerak. Apa yang mencuit hati, Jebat tetap menegaskan yang rama-rama tersebut masih hidup dan hanya sedang tidur.

Kedengaran Sharnaaz berdekah ketawa mendengar jawapan spontan anaknya itu, sambil menunjukkan wajah pasrah mendengar penjelasan Jebat yang penuh keyakinan. Perkongsian video tersebut sekali lagi mengundang tawa warganet yang terhibur dengan gelagat dua beranak ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur selepas menonton video tersebut. Pelbagai komen lucu dan usikan nakal turut diberikan oleh warganet buat Jebat dan Sharnaaz. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan adalah:
” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. Ni next Top Malaysian Figher and Comedian. Duo terbaik..”
” Geram betul tgk muka dua beranak ujung2 video hahahaha jebat jebat,baguihh mamu sabar je layan keletah jebat, dah la dua2 kelakar.. “
” Ayat winnn pungkuk hang, hahahaha bagus dia nk belajar.. Baba dia PON layan.. Tak da dia rasa sia2 usaha dia buat.. “
” Hahahahahaha penang sikit sabah sikit kelantan sikit, aduih jebat… Next 2 yr bagi jadi anak antoo piau punya lah,.. “
” Layanlh ank2.. Jgn jemu.. Nanti dah beso dia dah kurg masa nk bercerita.. Sibuk ngn Hal dia sendiri.. Terbaik lah Sharnaaz.. “
” Baba nyaris2 nk percaya tu nasib sempat sedar balik.. Hahahaha tidoq pungkoq hangggg. Aku lahhh mamuuu niii.. “
” Dia tidur” comel jebat bersungguh jebat yakinkan baba dia rama rama tidur.. Ampun baby…. Kamu punye gebang… Rama2 pun terbang.. “
Gelagat Jebat yang kelakar itu membuatkan warganet terhibur. Ramai yang teruja melihat cara Jebat bercerita dengan penuh semangat, lebih-lebih lagi Jebat begitu yakin rama-ramanya itu sedang tidur. Comel sungguh gelagat Jebat, tidak hairanlah ramai peminat yang jatuh hati dengan keletahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sharnaazahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

