Artis / Selebriti
” Sedih video ni, terasa di lubuk hati paling dalam.. ” – Netizen

Shuib Muatnaik Video Pre-Wedding Bersama Watie Hanifiah Dan Anak-Anak Yang Tak Pernah Dikongsikan Sebelum Ini. Lama Betul Shuib Peram Video Ni. Ada Simbolik Dan Maksud Tersirat Dalam Video Ni Yang Menyentuh Hati !!
6 bulan sudah berlalu sejak Shuib Sepahtu mendirikan rumahtangga bersama Watie Hanifiah. Perkahwinan yang mendapat restu daripada semua anak-anak peninggalan arwah Siti Sarah ini sememangnya mendapat perhatian daripada seluruh pelusuk negara.
Menerusi Youtube Shuib Channel, telah dikongsikan video pre-wedding Shuib dan Watie yang sudah lama disimpannya. Video ini sangat bermakna buat Shuib sekeluarga dan kasih sayang yang terjalin antara mereka membuat ramai yang tersentuh.
Berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa, perjalanan cerita video ini berkisarkan kesedihan Shuib sewaktu kehilangan Siti Sarah. Cinta yang pergi namun tak akan pernah mat1 dalam kamus hidup Shuib. Kehadiran Watie pula menghidupkan jiwa Shuib yang hampir mat1.
Bukan hanya jiwa Shuib yang terisi, tetapi anak-anak yang kembali merasai bahagia dan kasih sayang seorang ibu. Kemesraan dan layanan Watie kepada anak-anak membuatkan anak-anak jatuh sayang terhadap Watie. Watie pilihan yang tepat bukan untuk menggantikan Sarah tetapi mengisi kekosongan yang ditinggalkan.
Penceritaan dan pemandangan yang indah menghidupkan kisah dalam video ini. Kun faya kun, apabila Allah kata jadi, maka jadi lah ia. Sesungguhnya rasa cinta dan kasih itu semuanya daripada-Nya dan melengkapi kehidupan mereka antara satu sama lain.
Pelbagai komen diberikan oleh warganet setelah menonton video pre-wedding Shuib ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
‘‘ Lagi hebat dari Bunga Citra Lestari punya pre wedding video ni. “Saat aku hilang cintamu” hmm.. belom tengok full lgi dah sebak. Btw,cantik sgt video ni.. ”
” Stanby tisu, mudah tersentuh hati saya setiap kali tengok jalan cerita family ni.. saat hilang cinta, Allah hadirkan Watie untuk shuib dan anak-anak.. ”
” Semoga Allah pelihara rumahtangga kita , sentiasa sakinah, mawaddah wa rahmah.. Doa dari kami untuk Shuib dan Watie.. ”
” Intro pun dah nangis huhu. I’m crying watching this.. semoga kekal bahagia kalian sekeluarga. Al-Fatihah buat bidadari syurga yg dirindui.. ”
” Serius cakap memang jodoh la syuib dgn wati ni… sebab muka ada iras.. sedih video ni, terasa di lubuk hati paling dalam.. kesedihan dan kegembiraan Shuib sekeluarga.. ”
” Masa shuib dan watie kawin, mcm x suka sgt tgk tau.. sorry tp bila dah lama2 tgk, patut la shuib pilih watie.. watie syg anak2 tu mcm anak dia sendiri dan anak2 tu pun perlukan kasih syg seorang ibu.. semoga berbahagia selalu shuib dan watie.. ”
” Allah duga dengan kesedihan namun pada penghujungnya ada pelangi indah yang menanti. Cinta sejati yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.. cinta yang tidak akan mati rasanya.. ”
Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang dan rencana yang diaturkan paling indah untuk Shuib dan anak-anak. Semoga Shuib, Watie dan anak-anak selalu dalam lindungan dan rahmat Allah serta berbahagia selalu sampai ke syurga, Insha Allah.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib, Youtube Channel Shuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen