Viral
” Sedih tengok gambar-gambar dia dari kecil. 13 tahun Allah pinjamkan dia untuk family dia.. ” – Komen Netizen

Video koleksi gambar arwah Zara Qairina dari hari pertama persekolahan dan memori indah sepanjang Zara membesar buat ramai sebak. Senyuman tak lekang dari mulut Zara. Sedih tengok anak yang ceria akhirnya berbaring kaku dan perginya tak akan kembali lagi..
Genap sebulan arwah Zara Qairina pergi menemui PenciptaNya. Seumpama baru semalam negara digemparkan dengan berita Zara dikatakan jatuh dari tingkat 3 bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah.
Tidak hanya di Sabah, malah di Semenanjung juga solidarity untuk adik Zara diadakan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan ibu Zara dalam mencari keadilan untuk anaknya. Pemergian Zara cukup misteri dan pelbagai spekulasi timbul dan kini semua menantikan hasil post mortem Zara.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dahoneybee7, telah dikongsikan satu video yang memaparkan koleksi gambar Zara dari hari pertama persekolahannya di sekolah rendah sehingga lah hari terakhir Zara di hospital berjuang untuk hidup.
Zara anak yang ceria dan pemurah dengan senyuman. Memori indah Zara di alam kanak-kanak dan remajanya diabadikan dalam perkongsian ini. Gadis yang menjaga auratnya sejak kecil dan pemakaiannya terjaga dengan kemas. Indah sungguh didikan dan asuhan mama Zara untuk anak tersayang.
Jom tonton video di bawah :
@dahoneybee7 Bila buka mata je kami terus nak tahu berita Adik Zara 😭ya Allah,,tunjukkanlah kebenaran..🤲🏻❤️ senjata kami bukan duit,tapi hanya Doa kepadaMu❤️🤲🏻#justiceforzaraqairina #kualaterengganu #justice #sabah #malaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 170 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia baru je nak membesar.. comelnya Zara masa zaman kecil.. Dia cantik, akhlak nya baik, agama nya baik ,dia bidadari syurga, di kirim Allah untuk kita., alfatihah.. “
” Arwah budak baik… jaga aurat dri kecil… jaga solat… beruntung emaknya dpt ank yg solehah… genap sebln kamu prgi… nama mu masih kami ingt & kami.. justiceforzara.. “
” 13 tahun Allah pinjamkan dia untuk family dia tpy. tpi cara pemergian dia membuatkan seluruh dunia tidak puas hati dan tk blh terima kerana dia pergi dalam keadaan yg sangat sedih sgt sgt.. “
” Mesti jatuh airmata tiap kali kuar vid2 adik Zara.. sbb dia anak kita semua.. alfatihah untukmu nak.. engkaulah calon bidadari syurga.. “
” Sejuknya mata memanjang, sjuk lagi perut Ibu yg mengandungkn mu ank syurga. Semoga Zara d tempatkn di kalangan para Syuhadah.. amalan mu akn menjadi pegangan kami yg masih hdup.. “
” Dia jaga aurat, jaga solat ,jaga al quran, Semoga Allah Memberi petunjuk kepada pembuli Arwah Zara Qairina.. “
” Sedih tgok gmbar2 dia dari kecik nmpk dia seorg pelajar yg bijak.. Allahuakhbar berat ujian untuk mak arwah hilang satu2nya ank dia.. “
Sejak kecil Zara sudah pandai menjaga aurat dan berusaha menjadi seorang muslimah sejati. Sejuk mata memandang wajah Zara, pastinya sejuk juga perut ibu Zara ada anak solehah seperti Zara. Semoga keadilan dapat ditegakkan untuk Zara dan perjuangan kita semua untuk Justice For Zara berjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok dahoneybee7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral6 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral1 day ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Viral5 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral5 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral4 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara