Artis / Selebriti
” Sedih dulu tengok kisah Abby. Tak senang jadi seorang ibu, banyak berendam air mata.. ” – Komen Netizen

Mengimbau kembali memori membesarkan anak-anak sendiri, coretan Abby Abadi buat ramai tersentuh. Kuatnya seorang Abby demi anak-anak tersayang. Pedihnya rasa baca ayat-ayat Abby, menusuk sampai ke hati..
Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak sendiri, namun itu lah yang pernah dilalui oleh penyanyi dan pelakon, Abby Abadi. Figura ini pernah melalui fasa menyedihkan dalam hidupnya, namun Abby tetap kuat demi anak-anak yang sedang membesar.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Abby Abadi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar-gambar kenangan Abby bersama anak-anaknya, Danish, Marissa Dania dan Danisha. Sedar tak sedar, anak-anaknya ini sudah menginjak dewasa.
Paparan gambar anak-anak dari masih bayi sehingga mereka dewasa meruntun hati warganet. Sukarnya membesarkan anak-anak tetapi Abby tetap tekadkan hatinya untuk terus berjuang demi memberikan kehidupan yang selesa dan sempurna untuk ketiga-tiga anaknya itu.
Luahan hati Abby yang dicoretkan menerusi video itu juga mengundang sebak warganet. Sedih apabila mengingati kisah lama Abby tetapi semua itu sejarah yang akan kekal dalam kamus hidup Abby. Setiap kesedihan dan ujian yang Allah turunkan, pasti ada hikmah dan kemanisan pada akhirnya.
Jom tonton video di bawah :
@abbyabadi.exclusive Tak mudah… tapi syukur Alhamdullillah.. Sy ada ALLAH 😘 17tahun berlalu.. Skrg Danish dah 22 tahun. Dania nak masuk 20 July ini. Baby Danisha nak masuk 17 September nanti.. Mmmmm… bila dimbas kembali.. Banyak ye yg hal2 hebat yg Sy lalui.. & yg paling hebat, bila ALLAH hantar ujian, ALLAH hadirkan sekali kekuatan pada Sy…. 🙏🏻😘 Terima Kasih ALLAH ❤️ Rindu sebenarnya pada Arwah Mak, Ayah.. yg sama2 menjaga anak3 ini masa dorg kecik2 dulu.. AlFatihah buat Mak Ayah 😭😭😭 #AlFatihah
♬ Arah Sejati (“Keajaiban Air Mata Wanita” Original Motion Pictures Soundtrack) – Fadhilah Intan
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dania tu baru nk masuk 20? So kes dia tu mmg tersgt la muda la yer. No wonder Abby rasa tersakiti sangat.. “
” Aku ibu muda, walau kisah kak abby memang bukan kisah aku, tapi aku nak bagitau, tak senang jadi seorang ibu.. banyak berendam air mata.. “
” Not everybody can take it. but u still standing. u are actually full of love. Allah knows. I feel u kak abby.. sedih plak tgk kembali gambar waktu dyeorg kecil.. tp dh besar segak cantik semuanya.. “
” Semoga Abby terus kuat dan dipermudahkan sgala urusan. Bt anak³ Abby semoga terus membahagiakan Mama kamu sehingga ke hujung usianya. Hargai masa ada.. “
” Memory ini akn kekal sanubari keluarga kak abby.. Moga berkasih sayang selamanya,,best tengok k abby n anak-anak semua.. “
” Abby seorang ibu yg hebat membesarkan anak2. sedih dulu tengok kisah kak abby. semoga kak abby terus kuat dan bahagia bersama suami tercinta.. “
” Hanya yg melalui detik-detik itu ja faham ertinya sebuah kesakitan, namun percayalah kasih sayang Allah swt terlalu indah.. harta dunia akhirat selamanya.. “
Segala kepahitan dan kesedihan kisah silam kini menjadi memori untuk Abby. Benar kata orang, pengalaman mendewasakan dan Abby berjaya membesarkan anak-anak dengan kudratnya sendiri. Semoga Abby sentiasa dikurniakan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rilek je mengata mak mertua dalam live. Habis dia pecahkan rahsia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Nak gelak dosa tak yer. Orang dengar selawat rasa insaf, aku dengar selawat ni rasa berdosa sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ya ampun, terbahak-bahak aku dengar dorang cakap. Paling tak tahan, guna perkataan ayahanda tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cia cia cia, itu rupanya panggilan YB Saddiq untuk Bella tersayang. Terlepas jugak YB ye, hehe.. ” – Komen Netizen