Artis / Selebriti
” Sedih bila tengok nenek Ayash mengalirkn air mata.. ” – Komen Netizen

Video ibu Shuib Sepahtu, Puan Salmi tidak dapat menahan sebak ketika sambutan hari lahir Ayash Affan buat ramai tersentuh. Rupa-rupanya ini sebab Nenek Ayash menangis..
Lahirnya Ayash Affan tanpa kasih sayang seorang ibu kerana pada waktu itu, Siti Sarah sudah pun dijemput Ilahi. Tidak sempat merasai kasih sayang ibu dan lembutnya sentuhan ibu, Ayash dijaga oleh ibu Shuib, nenek Salmi. Nenek menjaga Ayash dengan baik dan ditatang bagai minyak yang penuh.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran Ayash yang ke 4 tahun. Ayash seorang anak yang ceria dan cucu yang sangat manja dengan nenek Salmi.
Kelihatan Ayash didukung oleh nenek Salmi sambil semua yang berada di situ menyanyikan lagu selamat hari lahir untuk Ayash. Sebiji kek dibawakan untuk Ayash untuk Ayash tiupkan lilinnya. Jelas kelihatan di wajah Nenek Salmi yang sedang menahan sebak sambil melihat wajah Ayash.
Pastinya perasaan nenek Salmi bercampur baur, gembira menyambut hari lahir Ayash dan dalam masa yang sama terkenangkan Siti Sarah yang telah tiada dan tidak mungkin kembali lagi. Warganet yang melihat reaksi nenek Salmi juga ikut tersentuh hati dan menangis sama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kenapa auntie rasa nak nangis tengok video ni.. Sedihnya tgok nenek… rindu ibu ayyash… sanah helwah ayash … ank soleh ibu bapa.. “
” Nenek sebak, happy birthday ayash sayang. entah apa lah yang nenek tengah rasakan tu. tentu terbayangkan sarah yang dah tiada.. “
” Nenek sebak, kelahiran Ayash, kepergian ibu tercinta.. Genap 4 tahun juga arwah Siti Sarah meninggalkan semua orang. Al fatihah untuk arwah Sarah.. “
” Aku sedih bile tgk nenek ayash mengalirkn airmata..sudut seorg nenek yg membesarkan cucunya yg xsmpat menatap wajah ibu setelah di lahirkan ke dunia.. sedihnya.. “
” Ayash nanti membesar dgn sihat jd ank yg baik buat daddy, ibu & mummy ya.. ramai org sayangkan Ayash dan ramai org doakan supaya Ayash sentiasa happy dgn kasih dan syg org disekeliling Ayash. Happy Birthday boy.. “
” Selamat ulang tahun syg… Alfatihah buat ibu mu Siti Sarah.. Tgk reaksi nenek terus mengalir air mata.. “
” Nenek jgn sedih sedih.. besday ayash nenek kena hepi tau tapi kita pon ikut nanges nih.. kasih nenek membawa ke syurga.. “
” Nenek syg sgt cucu sebak tgk cucu dh 4 tahun dia jaga..pernah nampak nenek ayyash dkt melaka bayu mutiara residence baik ja ayyash manja ja.. “
Komen nenek Salmi yang menyentuh hati warganet :
Besarnya kasih seorang ibu mentua dan nenek terhadap menantu dan cucunya. Jasa nenek Salmi menjaga Ayash dari Ayash masih merah sehingga sekarang tidak ternilai harganya. Semoga nenek Salmi sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Untuk Ayash, selamat hari lahir dan semoga Ayash menjadi anak yang soleh selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Speechless, this beautiful reunion fills my heart.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kami sebenarnya dah bertunang dekat Ipoh hari tu, confirm kahwin dengan dia.. ” – Cik Lan
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Baiknya Faz ni, suka tengok dia layan Maryam.. ” – Komen Netizen