Artis / Selebriti
” Sedapnya suara, bacaan dan tajwid, hebat dik.. ” – Komen Netizen
Video Qawiy Aro tebuk ngaji seorang kanak-kanak lelaki raih perhatian ramai. Subhanallah, sedap sungguh suara adik Arif mengaji. Hebat tajwidnya, bacaannya pun sangat merdu, menusuk sampai ke hati..
Bagi yang mengikuti Qawiy Aro, pasti mengetahui yang Qawiy sering menghasilkan video challenge tebuk ngaji. Antara sasarannya ialah selebriti tanah air serta orang awam. Perkongsian video oleh Qawiy ini juga sering mencuri perhatian warganet.
Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Qawiy telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya membuat challenge tebuk ngaji bersama seorang kanak-kanak lelaki. Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad Arif, berusia 13 tahun.
Adik Arif merupakan salah seorang pelajar tahfiz dan telah pun menghafal 12 juzuk al-Quran. Mendengar pengakuan itu, Qawiy kelihatan kagum dengan kemampuan adik berkenaan. Surah yang perlu disambung bacaannya dalam challenge kali ini ialah Surah Yasin.

Meskipun sedang mendukung adiknya, bacaan Adik Arif tetap kedengaran sangat baik dan lancar. Sekali lagi, perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji kemerduan suara Adik Arif serta ketepatan tajwid dalam bacaannya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedapnya suara, bacaan dan tajwid, hebat dik.. Alhamdulillah… Sejuk perut mak ngandungkan kamu nak… Yg bakal pimpin ayah bonda ke syurga… Next imam tarawih tahun depan… “
” Masya Allah Sedapnyaa suara adik.. Semoga mnjadi anak yg soleh.. Akak firstime masa dapat hafal surah yassin nak menangis rasa bila ustaz tengok kan bacaan masa baca tu.. “
” MasyaAllah, tabarakAllah, sedapnya suara adik tu . Adik dia keras camtu je ye. Mesti tenang, kiri kanan dgr alunan ayat Al-Quran.. Merdu suara kedua²nya.. “
” MashaAllah menusuk ke hati bacaan nya.. Sambil dukung adik sambil baca quran. Hebat betul didikan mak ayah dia.. “
” Sedap suara awak adik.. Saya doakan semoga jadi anak yang hebat untuk mak ayah awak dik.. Sejuk perut mak awak.. “
” Bagusnya abang ngaji.. Sedap.. Baby pun tenang n diam je abangnya ngaji.. Terbaik nak. Moga menjadi contoh utk adik².. “
” Perut aku pulak yg rasa sejuk dengar adik ni baca. Alhamdulillah dik, moga istiqomah dengan al Quran.. “
Terbaiklah, Adik Arif. Suaranya ketika mengalunkan bacaan Surah Yasin begitu mendamaikan. Di ruangan kapsyen, Qawiy turut memuji bacaan indah Adik Arif tersebut. Apa-apa pun, semoga Adik Arif menjadi seorang hafiz yang berjaya dan terus istiqamah dalam menghafal ayat-ayat suci al-Quran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow Amir, lain benar dah suara. Kenapa nyanyi pakai hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

