Artis / Selebriti
” Sedapnya dengar versi Dato’ Seri Siti dan Kepom.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berduet Bersama Elly Mazlein Menyanyikan Lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan. Wah Sedapnya Tokti Menyanyi Lagu Ni. Lagi MeletOp Bila Tokti Dan Kak Lina Pom Pom Bergabung !!
Sebut sahaja nama penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza sudah pastinya ramai yang meminatinya. Bahkan sehingga ke hari ini, Dato’ Seri Siti mempunyai ramai peminat yang tersendiri dari dalam negara mahupun luar negara.
Meninjau di akaun Instagram Afwa Khalid telah dikongsikan video majlis sambutan hari lahir Dato’ Seri Siti. Menerusi video itu, Dato’ Seri Siti kelihatan begitu cantik mengenakan baju berwarna hijau sedang melakukan acara memotong kek bersama ahli keluarga yang lain.
Menerusi posting di akaun TikTok fan Dato’ Seri Siti, turut dikongsikan video memaparkan Dato’ Seri Siti bersama Elly Mazlein, Hael Husaini dan Aishah Retno menyanyikan lagu popular Elly Mazlein suatu ketika dahulu yang bertajuk Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suara Dato’ Siti membawakan lagu ini sedap didengar lagi-lagi berduet bersama Elly. Sehingga kini, video itu ditonton lebih ratusan ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok
Tonton video di bawah ini :
@adiwarna96 Siti Nurhaliza & Elly Mazlein- Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan Live di Majlis Sambutan Birthday Tokti. S.Credit to Video From Tokti Channel 🥰 #singer #sitizoner #sitinurhaliza #datosrisitinurhaliza #tokti #voiceofasia #1 #fyp #bestsinger #malaysia
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video ini. Antara komen-komen menarik adalalah :
” Sedapnya dengar versi Dato’ Seri Siti dan Kepom.. Dulu selalu tertukar suara Kepom, Dato’ Seri Siti dan Liza Hanim, suara lebih kurang.. “
” Contohi Dato’ Siti apabila menyanyi lagu org lain tidak merosakkan lagu tersebut sebaliknya mencantikkan lagu tersebut dan menghormati lagu org lain.. “
” No syatuu tu mood Kak Lina.. Masuk lagu terus jadi Elly Mazlein.. Hahahaha.. Hael dah kenapa tiba2 pula tukar suara, hehe.. “
” Aisha doing second voice is amazing.. Tokti mcm biasa power.. Hael dah macam suara apek, hehe.. Aafiayah so cute, terus teringat wajah Tokti masa muda.. “
” Thn 1999 lagu ni bersaing dengan lagu nian di hati.. Setiap corong radio penuh lagu ni.. Mengimbau kenangan betul dengar lagu ni.. “
” Tokti nie suara mmg tiada tndingan. Bwa lagu artis lain pn sedap. Dia tak over pn.. Suara ketika nyanyi mmg bulat dan jelas.. “
” Sume sedap.. Tp utk lagu ni mmg sesuai utk Elly je sbb melodi dia lunak brlemak. Kene dgn suara dia lah .. Cara dia bawa pun lain dari yang lain, style dia.. “
Part Hael menyanyi juga membuatkan ramai terhibur, sempat lagi Hael buat suara perempuan. Tapi apa-apa pun nyanyian Dato’ Seri Siti bersama Elly memang padu. Mana tahu satu hari nanti mereka berdua akan bergabung membuat konsert bersama-sama untuk para peminat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok adiwarna96, IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen



