Artis / Selebriti
” Sedap suara penyanyi dulu, ada unik yang tersendiri.. ” – Netizen

Video Persembahan Penyanyi Francissca Peter Bersama Jay Jay Menyanyikan Kembali Lagu ‘Kehebatan Cinta’ Di Sebuah Hotel Raih Pujian Peminat. Sedapnya, Masih Maintain Suara Francissca Dan Jay Jay, Padu Habis !!
Tentu ramai yang masih ingat dengan penyanyi bernama Francissca Peter. Francissca bukan satu nama yang asing dalam industri seni tanah air malah Francissca antara bintang yang seangkatan dengan legenda lain seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk M. Nasir, Jay Jay dan ramai lagi.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Francissca telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama penyanyi Jay Jay sedang berduet menyanyikan kembali lagu ‘Kehebatan Cinta’ di sebuah hotel.
Tulis Francissca, Francissca telah dijemput oleh Jay Jay untuk naik ke pentas ketika dirinya dijemput oleh rakan-rakan yang lain berbuka puasa pada bulan ramadan baru-baru ini. Selain itu, Francissca juga memberitahu bahawa Jay Jay telah membuat persembahan selama satu bulan di hotel tersebut.
Perkongsian video oleh Francissca itu telah menarik perhatian warganet dan hingga kini telah ditonton lebih 86 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Wow maintain suara Francissca, masih seperti dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video nyanyian Francissca bersama Jay Jay dan memuji suara kedua penyanyi ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap suara penyanyi dulu, tiada bandingan, unik tersendiri. Ini lah lagu kehebatan cinta ku dgn hubby for 35 years from now I will still love this song.. ‘
” Suara Francissca masih seperti dulu, tidak pernah pun berubah merdunya. Suka betul dengar lagu ni.. “
” Sedap telinga dengar. Otai, bebud4k skrg nyanyi sak1t telinga dengar. Kadang2 diorg sebut ape pun kita tak tahu. Musik je kuat. Haha.. “
” Baru je 2 hari lepas karok nyanyi lagu ni. Tibe2 lalu pulak video akak ni kat IG hehe. Best g1la lagu ni kecik2 selalu layan lagu ni.. “
” Woww sangat lah p0wer g1ler suara kak Fran, suara akak maintain je dan tak berubah langsung, macam dengar dalam kaset.. “
” Awak artist favourite sy sewaktu sekolah rendah,sy beli cassette Francisca Peter time sekolah, legendary artist.. “
” Gandingan mantap, tiada gantinya. Layan betul tengo video ni. Semoga Fran dan Jay Jay terus maju jaya.. “
Patut ramai berikan kata pujian, memang p0wer suara Francissca. Untuk pengetahuan, sepanjang bergelar penyanyi, beliau telah menghasilkan sebanyak 10 album solo, dua album duo, 18 album kompilasi dan 13 single. Apa-apa pun semoga Francissca dan Jay Jay terus berjaya dalam yang diceburi mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Francissca Peter
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Viral5 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dari tadi saya dengar suara dia, air mata ini meleleh je.. ” – Misha Omar