Artis / Selebriti
” Sedap suara Kak long bawa lagu Rossa, sampaikan Rossa pun puji tak henti-henti.. ” – Komen Netizen
Video DS Rossa terpegun mendengar Amira Othman menyanyikan lagunya ketika live. Sedapnya Kak Long menyanyi lagu Aku Bukan Untukmu, Rossa pun puji. Abang Long pun tak cover-cover yer blushing tengok Kak Long menyanyi, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik Syakila Dream, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman turut ada bersama dalam sesi live Fattah Amin dengan Datuk Seri Rossa. Menerusi video itu, Amira ada mengatakan yang dirinya begitu meminati Datuk Seri Rossa.
Fattah sempat menyakat Amira dengan bertanya mahu pergi ke mana gara-gara Amira kelihatan begitu cantik mengenakan makeup. Kata Amira, dia berpenampilan seperti itu kerana mahu rekod video. Usik para peminat, cara Fattah bertanya kepada Amira sudah seperti seorang suami bertanya kepada isteri.
Manakala video kedua pula memaparkan Amira menyanyikan lagu DS Rossa yang bertajuk Aku Bukan Untukmu. Mendengar nyanyian Amira, DS Rossa berkali-kali menepuk tangan dan berkata ‘ bagus’ kepada Amira. Bukan itu sahaja, telatah Fattah ketika mendengar Amira menyanyi juga mencuri perhatian warganet.

Usik warganet lagi, Fattah seakan teruja dan kagum mendengar nyanyian Amira dan wajah Fattah tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Sehingga kini, video itu telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@mimpi_syakilla Replying to @ejaamizah1 nak pergi mana tu? #fattmira #rossa #amiraothman #fattahamin #hambali
@mimpi_syakilla Aku Bukan Untukmu – Amira Othman Live Bersama Fattah Amin, Aca & Rossa fattmira rossa amiraothman fattahamin hambali
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai nyanyian Amira. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap suara Kak long bawa lagu Rossa, sampaikan Rossa pun puji tak henti-henti.. Abglong pula terpaling blushing dlm byk2 blushing yg pernah diblushingkan, adoiii.. “
” Sy tgk dr mula Fattah live, smpi aca prsn rossa komen smpi habis. Mlm ni FA tak dapat menahan diri kagum dengan dgn AO.. “
” Fattah tu dia dah tak senang duduk, rasa nak sorok muka dalam almari, haha.. Nak senyum blushing tapi cover2 HAHHAHAHAHAHHAHAHA KELAKOR.. “
” Fattah mmg takleh cover da sekarang.. mmg terpancar kebahagiaan.. Nyanyi jer pun, kemainnnn blushinggg.. Merdua Amira bawa lagu ni, kena dengan suara dia.. “
” Dah Dato Rossa pun puji, semestinya lah sedap suara Amira ni.. Fattah pun dah macam terpegun dengar nyanyian Amira, haha.. “
” Muka dah lah cantik, suara pula sedap.. Kita dengar jadi terbuai2 lah Kak Long.. Nasib tak tertidur tadi, merdu sangat suara.. “
” Rossa pun dah macam peminat tgk penyanyi kesukaan dia nyanyi…tepuk tgn,cakap bagus, hehe cute tau tengok live semalam.. “
Sedap lah suara Amira, patut lah ramai yang memuji. Telatah Fattah ketika Amira sedang menyanyi memang mencuit hati, nampak sangat Fattah tak keruan nak duduk. Apa-apa pun, live Fattah Amin, Aca dan Amira bersama DS Rossa memang menghiburkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mimpi_syakila, IG amiraaothman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam tu je dia puji orang lain depan mak dia. Memang terlebih jujur Rina ni.. ” – Komen Netizen

