Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedap gila tone suara Hadie ni, jarang ada penyanyi mempunyai suara betul-betul jantan.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Hadie penuh bertenaga di konsert kedua Talk To My Manager. Wah lainnya Hadie. Nampak macam pemalu, tak sangka Hadie boleh menyanyi lagu Rindu Serindunya dalam versi rock macam ni. Power lah Hadie..

Semalam telah berlangsungnya minggu kedua rancangan realiti Talk To My Manager. Pada minggu ini peserta perlu menyanyikan lagu yang telah diubah kepada genre berbeza daripada lagu asal. Hadie iaitu anak kepada Ina Naim mendapat tugasan untuk menyanyikan lagu berjudul Rindu Serindunya, nyanyian asal kumpulan Spoon pada minggu ini.

Hadie menyanyikan lagu ini dalam genre rock dan persembahannya cukup penuh bertenaga. Menerusi akaun Instagram Sooka Malaysia, video persembahan Hadie ada dikongsikan. Kali ini penampilan Hadie cukup berbeza daripada selalu.

Hadie mampu menyampaikan lagu ini dengan baik walaupun ada sedikit teguran daripada juri iaitu Tok Ram yang menyatakan lagu ini tidak sesuai dengan genre rock. Namun nyanyian dan suara Hadie dipuji cukup baik kerana mempunyai tone suara yang sedap.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hadie dan Ina telah dinobatkan sebagai Manager Terbaik dan diberikan pilihan reward yang mana Ina memilih untuk Hadie menyanyi buat kali kedua pada malam tersebut.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji suara Hadie yang sedap. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Artis dh ok..cuma manager byk plk ckp. xyah la mencelah ape yg juri nk ckp. Please respect the juri. Atitude kene jaga.. “

” Kalo hadie tsingkir xna tgk da..jrg layan program realiti ni..layan smata2 na tgk hadie je..yg lain2 dorg bnyk pngalaman atas pentas.. “

” Hadie mcm faham kekalutan ibunya siap pegang2 bahu n geleng2 kepala tanda isyarat. takpelah ibu..takpe.. Mungkin itu juga strategi astro utk hangatkan lagi suasana.. “

” Sedap gila tone suara budak ni! Actually tak perlu nyanyi semula dh.Maybe manager dia berdebar dan tkut tadi..Next time kena control sikit.Apa2 pun best sgt.. “

” Jarang ada penyanyi mempunyai suara betul2 jantan….tanniah hadi…auntie sgt myokong ina naim dan hadi.. GO GO Hadie.. “

” Bagus adik .lepas ni kuatkan semangat lagi …,lawan adik lawan. werk uollss yg penting haddie menang.. moga hadie juara insyallah.. “

” Hadir.mmg persembahan nya ditunjukk tu begitu baik..good luck Hadie. mantap suara hadie mcm suara arwahss sedap sangat tahniah ina dan hardie.. “

Pada malam semalam, Hadie berjaya mengalihkan dirinya daripada kedudukan bottom three dan ini menunjukkan peningkatan dalam persembahan Hadie pada minggu ini. Semoga persembahan Hadie pada minggu hadapan berjaya memukau penonton dan juri lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sooka Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Bohemian Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak