Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebolehnya bab ni tak berapa berkenan nak share pada umum.. ” – Nur Fazura

Fazura Tersentuh Melihat Menerusi CCTV Gelagat Anaknya, Nur Fatima Aisya Ketika Bersendirian Di Dalam Bilik. Pastinya Seorang Ibu Akan Sebak Melihat Anaknya Seperti Ini !!

Anak Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya sudahpun berusia 4 tahun. Pada usia Fatima ini, terlalu banyak perkara yang dipelajari oleh puteri kesayangan Fazura itu. Fatima juga pernah berlakon dalam drama bersiri bersama Fazura dan Fattah sebelum ini.

Membesar dengan sihat, Fatima sering membuat warganet geram melihat telatahnya. Menerusi perkongsian terbaru Fazura di akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan satu cerita mengenai Fatima. Fazura berkira-kira untuk berkongsikan kepada umum atau tidak kerana bagi Fazura ianya mungkin kurang sesuai untuk dipaparkan.

Kata Fazura, cerita ini terjadi di rumah mereka yang mana pada ketika itu Fazura tercari-cari kelibat Fatima. Pembantu yang menjaga Fatima memberitahu Fazura yang Fatima sedang berada di dalam bilik. Apabila Fazura meninjau menerusi CCTV, rupa-rupanya Fatima sedang mengerjakan solat dan berdoa.

Melihat telatah Fatima itu, ramai yang memujinya. Walaupun Fatima masih kecil tetapi Fatima sudah memahami kewajipan sebagai seorang muslim iaitu solat. Apa agaknya yang didoakan oleh Fatima sesudah solat. Sejuk perut mommy ada anak yang baik seperti Fatima.

Ikuti perkongsian di bawah :

Perkongsian oleh Fazura ini telah pun meraih lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alala. Pandainyaaa Fatima. Semoga Fatima menjadi anak solehah. semoga berjaya dunia akhirat Aamiin YRA.. ”

” Alhamdulilah nyama anak solehah. Doakan auntie dpt zuriat secomel nyama ye, da hampir 9tahun penantian.. ”

” Kita akan rasa sebak bila anak2 nampak dan tiru perbuatan kita. terutama kali bab solat.. ”

” Moga Fatima dapat pimpin tangan Mommy and Daddy ke Syurga Firdaus.. Anak solehah Mummy Daddy ni… anak2 ni mudah dilentur… benda yang dia nampak dia akan buat… u raise her very well kak faz.. ”

” She is sooooo adorable .. alhamdulillah continue to be humble. u have been a great and superb icon.. Fatima terdidik dengan baik dari usia kecil lagi.. ”

” Alhamdulillah. Pandai dia solat dan doa sendiri. Semoga Fatima membesar menjadi anak solehah yang taat kepada Allah dan membahagiakan Daddy dan Mommy.. ”

” MasyaAllah. Anak adalah cerminan ibu bapanya.. Rasa sedih nya tgok dia tadah tangan tabarakallah semoga anakΒ² kita semua yg ada ni jadi anak soleh solehah, anakΒ² yg memahami agama, dan mentakwil alquran aamiin yra.. ”

Warganet turut berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Fatima ini. Fatima membuktikan Fazura dan Fattah memberikan didikan dan asuhan yang baik untuk dirinya. Semoga Fatima terus menjadi anak yang solehah dan sikap baik ini berterusan sampai Fatima dewasa.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  IG Fattzuralovelife

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT