Artis / Selebriti
” Sebenarnya, kami memang dah tahu.. ” – Liza Hanim
Video Liza Hanim jawab isu penambahan minggu Grand Finale Talk To My Manager. Ini penjelasan Liza mengenai isu tersebut, kesian Thalita dipersalahkan. Yang kecam Thalita, boleh tengok ni..
Pasti ramai yang sudah mengetahui konsert Talk To My Manager ada penambahan 1 minggu lagi untuk Grand Finale pada minggu hadapan. Pengumuman tersebut dibuat oleh Dato’ Aznil Haji Nawawi pada konsert baru-baru ini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik mediahiburanofficial, telah dikongsikan video yang memaparkan Liza Hanim diajukan soalan mengenai isu penambahan 1 minggu lagi yang diumumkan oleh Dato’ Aznil. Dengan tenang, Liza Hanim memberitahu yang mereka sememangnya sudah mengetahui hal tersebut awal lagi.
Kata Liza Hanim, hal tersebut ada diberitahu oleh pihak produksi pada minggu keempat, adakah mereka bersetuju dengan penambahan 1 minggu lagi bertarikh 12.10. 2025 sebagai Grand Finale dan mereka semua bersetuju. Bahkan, Liza juga meminta tiada lagi akan mempertikaikan ketiadaan Thalita (anak Shuib ) kerana semua akan ke Grand Finale.

Bukan itu sahaja, Liza turut meluahkan rasa sedih kerana pada minggu ini Thalita tidak dapat bersama membuat persembahan gara-gara dia dijangkiti Influenza A dan berharap Thalita akan cepat sihat serta membuat comeback pada minggu hadapan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai dengan penjelasan yang diberikan oleh Liza dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bagus Liza Hanim clearkan psl tuu.. Kesian Thalita tak pasal-pasal kena kecam.. Tgk muka marsha dgn liza hanim ni nmpk btul ii da tau sebabnya waktu paknik umumkan tu pun dorg tak terkejut sgt.. “
” Smua pserta yg trpilih ke final brpluang utk jadi juara..jdi soal sapa juara tu trpulang kepada rezeki masing2..Usah pertikaikan.. Tambah minggu pun tak jdi masalah pun sbb smua pserta akan sentiasa bagi persembahan yg terbaik.. “
” Korg yg Komen bitter² ni buat la rancangan TV korg sendiri…Buat la seadil²nya….N nk tengok korg tahan tak dgn kecaman netizen.. “
” Ni bagus dia memang nak build IDENTITY dia sendiri. Good luck Marsya all the best and keep up the good manners.. “
” Since this week mmg thalita tak join and suppose to be thalita cannot join the grand finale.. To be fair for all contestant.. “
” Dah ii la tu pertikaikan.. Korang tkpenat ke buat dosa kering huh snggup buat dosa smata benda gini je, hehehe tggu jelah hari ahad nanti.. “
” Haizz kenapa setengah netizen yg nak bully budak yg baru setahun jagung tu, tolong la, jangan la nak buat hal n bully Thalita.. “
Ramai yang bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Liza dan berharap selepas ini tiada lagi yang akan mengecam Thalita mengenai isu tersebut. Apa-apa pun, kita nantikan pada minggu hadapan konsert Grand Finale Talk To My Manager dan siapakah yang bakal bergelar juara nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

