Artis / Selebriti
” Sebanyak mana kasih sayang ibu pun, takkan sama dengan kehadiran seorang bapa.. ” – Farah Lee
Perkongsian Farah Lee Mengenai Penerimaan Anaknya, Maream Esabel Apabila Diberitahu Ingin Mendirikan Rumahtangga Buat Ramai Tersentuh. Ayat Maream Pada Omma Tu Buat Orang Meleleh Air Mata, Sebaknya !!
Hampir 2 minggu Farah Lee mendirikan rumahtangga bersama Fuad Hashim. Pernikahan kali kedua buat Farah ini sememangnya mendapat perhatian daripada ramai warganet terutamanya pengikut Farah yang telah lama mengikuti kehidupan Farah.
Meninjau akaun Instagram Farah Lee, telah dikongsikan beberapa gambar throwback ketika majlis resepsinya baru-baru ini. Kapsyen Farah kali ini juga agak panjang dan Farah berkongsi cerita mengenai perbualannya bersama anaknya, Maream Esabel sebelum pernikahan Farah berlangsung.
Kata Farah, Maream juga adalah antara salah satu sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk kembali berkahwin. Farah memahami pentingnya untuk ada sosok tubuh seorang yang bergelar ayah di samping Maream yang sedang membesar.

Ketika Farah memberitahu ingin menikahi Fuad, Maream menangis kerana risau bakal ayah barunya nanti tidak baik dan Maream perlu berkongsi kasih sayang Farah dengan orang lain. Namun Farah bijak dalam menenangkan anak perempuannya ini. Malah segala-galanya dari sebelum majlis sehingga majlis berlangsung, Maream akan selalu menjadi orang penting dan terlibat sama.
Jom baca perkongsian di bawah :




Hampir 30 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Farah ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” No words, air mata meleleh coz me is feeling the same thing, semoga bahagia sampai syurga sis, Allah Maha Baik.. ”
” Actually I personally tunggu FL share tentang penerimaan Maream tentang perkahwinan nie… Semoga maream membesar menjadi anak yg solehah.. nanti share bonding maream dengan papa baru ye.. ”
” Sedihnya baca.. sending big hugs for you Maream Esabel. you gonna be a great daughter. in sha Allah.. ”
” Baca ni pun boleh berabuk air mata, alahai hati tisu betul lah kalau bab anak ni.. inshaaAllah moga yang terbaik & kebahagiaan dunia akhirat buat kak farah, papa maream, and maream.. ”
” Maream… Semoga maream sentiasa menjadi org yg disayangi dan disenangi oleh sesiapa jua, semoga maream, omma dan papa hidup berbahagia di dunia dan akhirat aminn.. ”
” Xada kata yang mampu diungkapkan selain i’m happy for both Maryam n omma, I don’t know, but always pray the best for both of you, sampai mimpi2 jumpa omma n maream.. ”
” Terharu dan bahagia baca statement ni. Kalau I jadi Maream, I rasa dihargai. Berbahagia sampai syurga guys.. ”
Cerita yang membuatkan ramai menitiskan airmata, betapa seorang anak kecil seperti Maream sudah pandai memikirkan kebahagiaan Ommanya. Semoga Maream akan mencipta banyak kenangan bersama Papa Fuad dan dipenuhi dengan kasih sayang daripada Omma dan Papa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Farah Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya



