Artis / Selebriti
” Sebak weh tengok husband Kak Long nangis, dengan aku sekali nangis ni.. ” – Komen Netizen

Video Reaksi Suami Apabila Syafiqa Melvin Buat Surprise Result Pregnancy Test Kit Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sebaknya Tengok Reaksi Suami Kak Long Terkejut Dan Menangis !!
Kakak sulung kepada adik beradik The Melvin, Syafiqa Melvin mendirikan rumahtangga buat kali kedua sekitar bulan pada bulan Disember tahun lalu. Perkahwinan Syafiqa dan lelaki pilhan hatinya, Azhar mendapat liputan dan ramai yang tumpang gembira dengan pilihan Syafiqa.
Pada penghujung bulan April baru-baru ini, Syafiqa memaklumkan secara rasmi dirinya sudahpun berbadan dua. Ketika itu, kandungan Syafiqa sudahpun berusia 4 bulan. Kini Syafiqa berada di trimester kedua dan bakal melahirkan cahayamatanya itu beberapa bulan sahaja lagi.
Meninjau entry di akaun Tiktok Syafiqa Melvin, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Syafiqa memberi satu kejutan besar untuk Azhar. Syafiqa meletakkan alat menguji kehamilan yang hasilnya tertera result positif dalam kotak cermin mata.
Pada awalnya ketika Azhar membuka kotak itu, wajahnya memang gembira bukan kepalang tetapi seketika kemudian Azhar menangis kerana terlalu gembira. Azhar sendiri tidak menyangka Allah memberikannya peluang untuk merasai detik bahagia yang diimpikan oleh ramai suami.
Jom tonton video di bawah :
@syafiqamelvin Allah bagi rezeki tepat pada masanya, kak long doakan semua yg tgh ttc dipermudahkan dan yakinlah Allah pasti kurniakan malaikat kecil pada kita pada masa dan waktu yg tepat, Dia lah yang Maha Mengatur dan Mengetahui segala galanya . . Doakan perjalanan kami dipermudahkan hingga ke akhirnya ❤️ #foryoupage
@anis.pana Tahniah kak long and husband
Perkongsian oleh Syafiqa ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia seorang yg dh berusia, perkahwinan hanya melengkapkan khidupan dia namun jika diberikan zuriat sewaktu usianya begini , itu adalah satu BONUS rezeki yg Allah berikan sepanjang hidup dia.. crying.. ”
” Teringat tgk post suami kaklong kt ig haritu, “Alhamdulillah dapat juga aku merasa”. baru faham maksudnya. kita nangis tengok suami kak long macam ni.. ”
” Sebaknya masa husband kak long menangis huhu.. Saya tak tahu lah pulak selain mudah terhibur dengan adik beradik kak long, menangis pun bakat terpendam saya. congrats kaklong.. ”
” Kita pulak yang nangis kak long.. tahniah k.long n suami moga dpmudahkan proses kelahiran baby nanti.. ”
” Dengan Aku sekali teriak ni. doakan sy pon dapat merasa ada ank sendiri. sedih dan happy bercampur tgk reaction husband kak long. tiada lain doa mga bahagia n sht sll kak long n family.. ”
” Ya Allah why i yg menangis ni.. Semoga doa kaklong buat kami yg ttc ni di angkat Allah secepatnya.. Aminn. Semoga kami dapat happykan suami kami mcm ni jugak.. ”
” Tengok ni sambil menangis.. sebak weh tengok lelaki nangis sebab happy macam ni. tahniah kak long dan suami.. ”
Hati mana yang tidak sebak melihat reaksi Azhar itu, impiannya untuk merasai ada zuriat sendiri dimakbulkan Allah. Semoga segala urusan Syafiqa sepanjang tempoh kehamilan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan untuk bersalin nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syafiqa Melvin, Tiktok Anis Pana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral6 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral5 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral5 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Viral1 day ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral4 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara