Connect with us

Artis / Selebriti

” Sebak tengok reaksi masing-masing bila tahu mummy pregnant.. ” – Komen Netizen

Video Watie dan Shuib membuat kejutan memberitahu kepada anak-anak berita kehamilan Watie buat ramai tersentuh. Sebak tengok part anak-anak peluk Watie. Masing-masing teruja dan tak sabar nak dapat adik baru.. 

Baru-baru ini, ramai yang meluahkan rasa teruja apabila pelawak Shuib Sepahtu berkongsi gambar isterinya, Watie Hanfiah yang kelihatan sedang berbadan dua. Bukan itu sahaja, warganet turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat pasangan ini.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Watie, telah dikongsikan sebuah video throwback yang memaparkan Watie membuat kejutan istimewa kepada anak-anak Shuib. Menerusi video tersebut, Watie dan Shuib berkongsi berita gembira mengenai kehamilan Watie kepada anak-anak mereka.

Kelihatan Uwais, Thalita dan Matin begitu teruja sebaik sahaja Shuib menunjukkan gambar imbasan bayi kepada mereka. Bukan itu sahaja, mereka turut meneka jantina adik baru yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. Di ruang kapsyen pula, Watie menitipkan ucapan terima kasih kepada Shuib dan anak-anak atas kasih sayang serta sokongan mereka.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengakui turut berasa sebak melihat reaksi keluarga ini ketika menerima berita gembira tersebut. Sehingga kini, video yang dimuatnaik oleh Watie telah menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan dalam masa yang sama turut memberikan ucapan tahniah kepada Watie. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sebak tengok reaksi masing-masing bila tahu mummy dorang pregnant..  Tahniah mummy, take care tau.. “

” Matin btl2 sygkan Mommy. Smoga dipermudahkan sgalanya.. Saya doakan semoga dapat girl… Thalita boleh ada geng.. “

” Tahniah mummy Watie n daddy Shuib.. Reaction anak2 semua teruja nak dpt adik.. Semuanya sygkan mummy sangat2.. “

” Tahniah mummy.. So sweet matin.. Semoga dipermudahkan segalanya dan dalam lindungan Allah sentiasa mummy.. “

”  Moment teka² baby girl ke boy tu,teringat plak mase arwah sarah peknenkan ayash.. Dorg main teka² jgk anak boy ke girl.. Semoga watie dlm lindungan Allah sentiasa.. “

” Happy sgt bila tgk kegembiraan keluarga ni. Tp momen paling best bila tgk reaction anak2. Tumpang gembia.. “

” Kita yg bca kita yg heppy, sebak. Tahniah mummy n Shuib. Semoga mummy n baby sihat shingga melahirkan. Semoga kasih syg smuanya berkekalan sehingga ke akhir hayat.. “

Ramai yang mendoakan agar proses kehamilan Watie dipermudahkan dan berharap kehadiran anak yang bakal lahir ini menjadi pelengkap kebhagiaan serta mengeratkan lagi hubungan seluruh keluarga. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan tahniah kepada Watie. Semoga Watie dikurniakan kesihatan yang baik, serta selamat melalui perjalanan kehamilan sehingga ke saat melahirkan.

Silakan SHARE..

Sumber :IG iamwatie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

MUA Bellaz Liptint
Glas2glow

Trending

Copyright © Berita Kopak