Artis / Selebriti
” Sayunya dengar suara anak-anak Suhaimi ni. Mesti mereka ingat moment dengan arwah ayahnya.. ” – Komen Netizen

Video anak-anak arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri dan Phyrosh Elfadwah menyanyi di konti Era FM menyentuh hati ramai. Lunak dan merdu suara anak-anak SS. Part masa selawat Ibrahimiyah tu paling sebak dengar..
Nama arwah Suhaimi Saad masih menjadi sebutan ramai walaupun sudah tiada lagi di dunia ini. Pemergian Suhaimi ditangisi oleh ramai peminat. Setelah Suhaimi tiada, kehidupan Ina Naim dan anak-anaknya, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony semakin menjadi perhatian ramai.
Bersempena konsert Inteam yang bakal berlangsung pada bulan September nanti, Inteam telah pun mengumumkan secara rasmi bahawa anak-anak Suhaimi akan turut sama menjayakan konsert tersebut. Ianya membuatkan ramai yang teruja kerana anak-anak Suhaimi sememangnya berbakat dalam nyanyian.
Meninjau entry di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Ina bersama anak-anak hadir ke konti Era. Banyak yang dibualkan bersama dan mereka turut menghiburkan pendengar dengan nyanyian yang menyentuh hati.
Sallman dan Hadie dikatakan memiliki suara yang merdu dan seakan suara Suhaimi. Wajah Sallman juga saling tak tumpah seperti wajah Suhaimi. Mendengar nyanyian adik beradik ini meruntun hati pendengar, apatah lagi ketika mendengar selawat Ibrahimiyah yang sering mereka alunkan bersama Suhaimi dahulu.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Anak-anak arwah Suhaimi Saad alunkan Selawat Ibrahimiyah dengan penuh syahdu. Sejuk hati tengok didikan yang ditinggalkan ayah mereka terus hidup dalam jiwa anak-anak. 😭 #sharERA #ERARadioNo1PalingLegit #3PAGIERA #fyp
@era.je Sedapnya suara Hadi dengan Salman ni. Muka Salman sebijik macam muka arwah ayah dia Suhaimi Saad. Semoga anak-anak ni dapat menyambung legasi ayah mereka. 😭 #sharERA #3PAGIERA #fyp
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yang tgk dorg live td.. sebakkk sgt ms dorg adik beradik selawat ibrahimiyah tadi. auto teringt arwah ss.. alfatihah.. “
” Anak-anak arwah bolh pergi jauh. dah matang da suara dia.. semoga bakat mereka digilap terus..Terbaik ank2 SS.. “
” Sayunya dgr suara mrka nii. Sedap suara anak arwah suhaimi.. Handsome2 anak ina dan arwah SS smga jadi anak yg berjaya didunia dan akhirat.. “
” Alhamdulillah.. arwah didik ank dia dgn baik semasa hayatnya.. masyaallah.. muka arwah ayah dia salman.. sebijik time arwah muda.. “
” Sedap suara anak2 arwah SS dan Ina Naim.. dh matang da suara dia.. copy paste muka arwahh sgt.. teringat live mereka slalu… Msti mereka igt moment2 dgn arwah ayahnya, kita sndri tgk pon.. “
” Sedapnya suara anak sulung dia… mewarisi arwah ayahnya.. suka suara hady.. Lunak macam suara Allahyarham Suhaimi.. “
” MasyaAllah, sedapnya suara. Terbuai-buai.. hebat anak2 peningalan arwah.. Yg sulung hensem.. Salman suara dh besar.. sedap.. “
” Diorang mmg dr kck dh menyanyi la..ms arwah ayh diorang hidup mmg diorang selalu meyanyi dgn ayh diorang.. “
” Saya kagum dah terharu sampai boleh berlinangan airmata.. Terbukti didikkan yg baik dari arwah bapanya. Good parenting.. “
Lunak dan merdu sungguh suara anak-anak kesayangan Suhaimi dan Ina ini. Harta dunia akhirat yang akan selalu membanggakan Suhaimi. Berkat asuhan dan didikan Suhaimi, terlahirlah anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga Hadie, Sallman dan Phyrosh berjaya dalam hidup mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era, IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya sebenarnya excited. Ini first time saya sampai ke kampung Mira ni tahu tak. Eh, ye ke first time ? ” – Fattah Amin