Artis / Selebriti
” Sayang betul Syafiq dekat Mimi. Alhamdulillah jodoh mereka kuat.. ” – Komen Netizen

Video Syafiq Kyle berkongsi doanya sepanjang 14 hari ketika menunaikan Umrah ramai perhatian ramai. Tersentuh Mimi Lana dengar perkongsian Syafiq, sebak pula dengar..
Syafiq Kyle dan Mimi Lana merupakan pasangan yang selalu menjadi perhatian warganet. Perkahwinan Syafiq dan Mimi yang berlangsung pada 14 Februari lalu satu kejutan untuk semua, namun ianya disambut dengan gembira oleh semua peminat pasangan ini.
Kisah percintaan mereka yang ada pasang surutnya dan pernah putus tunang membuatkan ramai yang sedih ketika itu. Namun sudah tertulis jodoh Syafiq dan Mimi kuat. Selepas ikatan pertunangan mereka putus, Syafiq dan Mimi tetap profesional dengan kerja mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Syafiq dan Mimi menjadi tetamu jemputan untuk podcast Gempak Most Wanted Specials ( GMW Specials ). Banyak kisah percintaan dan suka duka mereka dikongsikan dalam podcast ini.
Syafiq turut berkongsi cerita mengenai permintaannya ketika berada di tanah suci Mekah. Syafiq berdoa dan memohon dengan sepenuh hatinya kepada Yang Esa mengenai jodoh yang telah ditetapkan. Besarnya kasih dan cinta Syafiq untuk Mimi dan itu yang didoakannya sepanjang 14 hari di Mekah.
Jom tonton video di bawah (tonton artikel penuh di hujung artikel) :
Hampir 8000 tanda suka telah pun diraih setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Body language nampak mimi yg mcm syg sgt pd Kyle. Hakikatnya ada sorang lelaki yg berdoa utk dihalalkan dgn wanita yg plg dia sayang. MashaaAllah.. “
” Untung Mimi.. ada yang doa berharap berjodoh dengannya.. Sebab intention dia nak jadi suami, bila jadi suami banyak tanggungjawab kne galas. bukan cari isteri semata. Alhamdulillah tahniah.. “
” Sayang betul dia dengan Mimi. Alhamdulillah jodoh mereka kuat.. selama dia ngan mimi dari bercinta diam2 xde pun dia dekat dengan mana2 wanita.. “
” Awwwww when someone prayed for you, that is genuine level of love.. Kuatnya cinta mereka berdua, Kalau dah jodoh Xkemana.. semua dah tertulis jodoh ajal maut.. di tangan Allah swt.. “
” Kadang jodoh tu mmg ada cumanya blm masa.. dan Allah bg ujian sbb nak tgk usaha kita tara mana.. tp kalau kata bkn jodoh, usahalah kuat mana pun tak menjadi. Doalah dpn kaabah sekali pun klu bkn jodoh, tak kesampaian. Tp Allah pasti bg lebih baik dr yg kita minta.. “
” Untung alhamdulillah Mimi, someone is truly loving you. Semoga till jannah both of you.. One day sy pun nk Sgt Mcm ni.. hingga ke akhir hayat.. “
” Even hati nurtizen ramai yg sedih.. tp kami tetap doakan yang terbaik buat lovebirds ni.. doa tu makbul.. kalau jodoh tak ke mana kan.. “
Kalau sudah tertulis di luth mahfuz jodoh Syafiq dan Mimi, lari sejauh mana sampai ke hujung dunia pun, pasti akan bersatu jua. Kesungguhan seorang Syafiq Kyle untuk memperisterikan Mimi Lana akhirnya dimakbulkan oleh Allah. Semoga perkahwinan yang terbina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Youtube Channel Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Cemburunya dengan arwah, datang dalam keadaan paling cantik dan manis untuk ayahnya.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 hours ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral10 hours ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Viral3 days ago
” Rupanya itu petanda dia dah nak pergi. Dia dah rasa tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dariya jangan kantoikan abah, part lap tisu kat mulut si abang tu terus pecah gelak.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Bayangan bas tu dekat taman, ibarat mereka di syurga.. ” – Komen Netizen