Artis / Selebriti
” Saya lihat poster keluarga bahagia. Jebat yang paling bahagia.. ” – Komen Netizen

Muatnaik Gambar Bersama Noornabila Menghadiri Majlis Sekolah Jebat Jayden, Perkongsian Sharnaaz Ahmad Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Jebat Buat Persembahan. Datin Kartini Dah Suami Pun Ada, Seronok Tengok Sharnaaz Mesra Dengan Keluarga Nabila !!
Menerusi akaun Instagram Sharnaaz Ahmad, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Sharnaaz bersama mantan isterinya, Noornabila dan anak mereka, Jebat Jayden. Hari ini mereka sama-sama hadir ke sekolah Jebat bagi menjayakan sebuah majlis.
Ianya turut dihadiri oleh semua ibu bapa pelajar di sekolah itu. Gambar ini membuatkan ramai warganet yang menyimpan harapan agar pasangan ini kembali bersama sebagai sebuah keluarga yang lengkap untuk Jebat. Ada juga yang teringatkan pertanyaan Jebat kepada Sharnaaz sebelum ini mengenai mengapa baba dan mommy tidak tinggal di rumah yang sama.
Meninjau di Instastory Sharnaaz pula, beberapa keping gambar telah pun dikongsikan. Tidak hanya Sharnaaz dan Nabila yang datang memberikan sokongan kepada Jebat, Datin Kartini dan suaminya juga ada bersama-sama. Hubungan Sharnaaz dan seluruh keluarga Nabila memang baik dan akrab.
Malah setiap kali ada majlis keluarga, pasti Sharnaaz juga antara yang dijemput. Keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain dan mempunyai sifat penyayang. Gambar ketika Jebat sedang membuat persembahan juga ada dikongsikan bersama.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Sharnaaz ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Saya lihat poster keluarga bahagia.. get back balik la mamu.. besar hajat dan angan-angan para netizen ni.. ”
” Teringat vid jebat tanya kenapa mummy baba tak duduk rumah sama. This boy grow up with 200% love all over.. ”
” Touching tengok hubungan Sharnaaz dan Nabila ni.. Aduh mamu, semut berkawad satu satu ni.. Semoga Allah satukan korang kembali.. ”
” Aunty doakan semoga Allah satukan semula dua insan yg sangat penting dlm hidup jebatjaydan. Semoga sharnaaz dan noornabila kekal bahagia bersama till Jannah, insyaAllah aunty suka tengok keluarga kecil ni.. ”
” Comel la hampa 3 ni.. Mudah mudahan berjodohan.. rasa-rasa jebat yang paling bahagia kalau Allah berkehendak.. ”
” Jebat and happy family.. muka sama je 3 ketul kesayangan ni.. Respect sharnaz sebab matured pikir anak.. ”
” Untung jebat… ada org dtg dari broken family terus hilang kasih sayang ibu / ayah… tapi dia tak… tetap lengkap walaupun parents dia dah tak bersama.. ”
Antara gambar-gambar lain yang dikongsikan di Instagram Story Sharnaaz :
Besar harapan warganet untuk melihat Sharnaaz dan Nabila kembali bersama. Namun Sharnaaz dan Nabila lebih tahu mana yang lebih terbaik untuk hidup mereka berdua. Apa-apa pun, tahniah Sharnaaz dan Nabila kerana menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Jebat dan contoh kepada ibu bapa lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura