Viral
” Sandiwara apakah ini, drama makin hebat. Apa agaknya yang mereka sembunyikan.. ” – Mona Din

Pendedahan Puan Mona Din mengenai aduan guru-guru di Sabah tidak dibenarkan menulis posting dan menyokong kempen Justice For Zara buat warganet marah. Sampai macam tu sekali arahan dan tekanan yang diberikan kepada guru. Sungguh tidak adil dan wajar..
Di mana-mana hashtag Justice For Zara sedang hebat diwar-warkan agar lebih ramai yang memberikan sokongan dan solidarity untuk arwah Zara Qairina. Kini tenaga pengajar yang berkhidmat di Sabah pula diberikan tekanan oleh pihak atasan dan ianya tidak wajar dilakukan.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Puan Mona Din, telah dikongsikan satu pendedahan yang mana ramai para guru di Sabah mengadu tentang arahan terbaru yang mereka terima. Mereka tidak dibenarkan menulis sebarang posting atau menyokong apa jua kempen Justice For Zara.
Kata Mona Din, ianya satu tekanan untuk para guru kerana menerima amaran sebegini. Untuk sesiapa yang pernah memberikan komen atau berkongsikan perihal Zara, mereka diminta untuk memuatturun dan memadam segala posting yang telah dikongsikan.
Sedang orang ramai berjuang untuk mencari keadilan untuk adik Zara, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa arahan ini dikeluarkan dan apa motif sebenar para guru ditegah seperti ini. Apa mungkin desas desus kes ini melibatkan golongan VVIP itu benar.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bila arahan begini keluar, lagilah orang ramai syak anak vvip terlibat.. Byk sistem dlm negara ni dah rosak. Luar nampak elok tapi dlm buruk dan busuk. Hasil kerja org berkuasa yg salah guna dan xguna kuasa.. “
” Nasib saya bkn krja dgn kpm .. so saya msh bole sama2 brjuang.. viral dn share.saya org sabah so jgn ada halang saya mempertahan anak sabah yg dbunuh kjam.. kami sabahan sokong kak mona.. “
” Sbb tu seperi Yb Syed Saddiq kata ,keluarga tolong saman sivil mereka mereka ini yg cuai sehingga miskin , saman kerajaan ,saman menteri ,saman kpm ,saman sekolah ,saman pengetua ,saman warden … gagal dan cuai menyediakan persekitaran sekolah selamat… apa guna duk tekankan sekolah selamat kalau benda mcm ni boleh pejam mata.. “
” Ada hikmah rupanya tragedi kali ini. Seluruh rakyat dapat lihat apa sebenar-benarnya sedang membarah di borneo sana.. rajin pula polis panggil guru besar untuk bagi peringatan dekat guru2 supaya xsokong kempen JusticeForZara.. Dahsyat betul ni.. “
” Waaww… hebat mnusia2 bertuhan kan duit dan pangkat ye… betul2 memcabar rakyat… Senang je ajar. 1 hati MOGOK semua guru yg solidarity.. “
” Hari ni mereka menternak satu generasi yang merasakan membuli sehingga hilang nyawa ni ok. Asalkan ada kuasa boleh mengarahkan segalanya. Tapi, tunggu bila yang hilang nyawa tu anak atau keluarga terdekat mereka sendiri. Baru tahu langit tu tinggi atau rendah.. “
” Ya Allah. Kenapa dengan kepimpinan sabah sekarang ni. Sampai macam tu sekali. Tak rasa awkward ke buat macam ni. 1 Malaysia tengah follow kes ni. Serius, sangat kecewa hari ni.. “
Satu arahan yang semakin membuatkan rakyat merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kes Zara ini. Hilang hak para guru untuk bersuara dan membela kematian pelajar yang tidak berdosa. Semoga kebenaran akan terbongkar dan kes Zara ini akan mendapat keadilan yang telus.
Silakan SHARE..
Sumber : FB Mona Din
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cinta tak semestinya memiliki, dah ada contoh hebat. Besar hati kak Erma ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral1 day ago
” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cramp perut aku dengar jawapan budak ni. Unexpected betul, boleh sentap tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cakap bahasa Tamil mesti kena goyang kepala ye Talita, semua dia goyang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Makeup simple, tak berinai, baju loose tak ikut shape, serius love sangat. Simple but pretty.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adoi lawak lah, Papa dah pandai nak caras Mama. Sikit lagi jari tu nak masuk lubang hidung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Memang sebiji sama, cakap laju pun sama, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Yang last tu berdekah aku. Lawak parodi ni, haha.. ” – Komen Netizen