Artis / Selebriti
” Sampai pening kepala fikirkan lagu apa Evie nyanyi ni.. ” – Komen Netizen
Video anak Harris Alif, Evie Khadeeja menyanyi buat warganet terhibur. Susah betul nak tangkap lirik lagu Evie ni. Daddy pun tercengang dengar. Comel lah Evie, hehe..
Evie Khadeeja merupakan anak sulung kepada pasangan Harris Alif dan Intan Ladyana. Evie yang dilahirkan pada tahun 2022 ini kini sudahpun berusia 2 tahun. Telatah Evie banyak dikongsikan oleh Harris di akaun media sosial miliknya dan ianya mencuit hati warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Putersatdvx, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Evie sedang menyanyi. Evie yang masih kedengaran pelatnya ini menyanyi dengan yakinnya. Harris yang merakam video Evie ini juga tergelak mendengar nyanyian Evie.
Bukan kerana nyanyian Evie tidak sedap tetapi kerana Harris tidak dapat menangkap lagu apa yang dinyanyikan oleh puterinya ini. Yang kedengaran jelas keluar dari mulut Evie adalah perkataan ‘tidak dihargai’. Ketika Harris bertanyakan kepada Evie lagu apakah itu, Evie mengulangi kembali nyanyiannya.

Ada di kalangan warganet yang cuba meneka lirik Evie itu dan ianya seakan lirik lagu Cinta Tak Dibalas Cinta, nyanyian asal Indah Aqila. Bukan main lagi Evie, lagu jiwang yang Evie nyanyi. Bukan hanya menyanyi, gerakan badan dan tangan pun tak nak kalah, anak pelakon lah katakan.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@putersatdvx #intanladyana #harrisalif #fyp #foryoupage #viralvideo #artismalaysia #fakesituation
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tajukk nya cinta tak dibalas cinta haha.. gigih nak tau lagu sebenar.. saya tekan biru datang balik kt video evie ni hahaha.. kemain dia ek.. “
” Pandai pulak dia nyanyi lagu sedih-sedih jiwang lagi. haha comel sangat Evie ni.. muka Harris sungguh.. “
” Amboi Evie kecil kecil dah rasa tak dihargai haha.. Alhamdulillah bijakk. muka ayah sangat.. suara tu comel je pelat-pelat lagi.. “
” Sat.. nak korea tak korea… nak kata siam tak siam.. melayu pon tidak… lagu apa ni evie haha.. “
” Tau tak… Mami sampai nangiss2 tengok u pergi skool… u happy je kan hapal lagu baru.. sampai pening kepala pikirkan lagu apa Evie nyanyi ni.. “
” Banyak kali ulang nak cari tajuk lagu apa dia nyanyi haha.. pandai sangat nyanyi.. tak dihargai ke haha. “
” Anty ulang-ulang dengar pun taktau lagu apa evie nyanyi ni haha.. bunyi tak dihargai je yang faham.. anyway u r cutie pie.. “
Adui Evie, bukan hanya daddy yang tak tahu lagu apa yang Evie nyanyikan itu, warganet pun turut cuba memahami lirik dan mencari tajuk lagu tersebut. Kecil-kecil lagi sudah pandai ‘tidak dihargai’ yer Evie. Semoga lagi banyak perkongsian video Evie selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putersatdvx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


