Artis / Selebriti
” Salute tengok cara Bunga menyantuni ibu bapa arwah Ashraf.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar Bunga Citra Lestari meraikan ulangtahun kelahiran ayah arwah Ashraf Sinclair raih pujian ramai. Sebak sangat part Noah bawa kek untuk atuk dia. Ramai yang kata muka Noah seiras arwah daddynya..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari, telah dikongsikan video dan beberapa gambar yang memaparkan Bunga meraikan hari ulangtahun kelahiran ayah arwah suaminya yang terdahulu iaitu Ashraf Sinclair.
Menerusi perkongsian itu, turut kelihatan ada bersama adalah suami Bunga sekarang, Tiko Aryawardhana dan ahli keluarga Bunga. Manakala perkongsian video pula memaparkan anak Bunga, Noah membuat kejutan dengan membawa sebiji kepada kepada atuknya.
Ayah Ashraf berasa terharu menerima kejutan itu dan kelihatan ibu Ashraf juga turut merekod video mengabadikan kenangan tersebut. Di ruangan kapsyen, tulis Bunga ‘ Tok’s birthday Dinner in Jakarta ‘ . Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang memuji cara Bunga menyantuni kedua ibu mertuanya meskipun Ashraf sudah tiada lagi. Bukan itu sahaja, ada yang memuji ketampanan Noah yang kini semakin membesar dan semestinya ketampanannya itu diwarisi daripada arwah daddynya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang kanan > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya)
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Salute tengok cara Bunga menyantuni ibu bapa arwah Ashraf.. Contoh yg baik. Hubungam keluarga tidak pernah terputus. Apa pun kondisinya.. “
” Salute Bcl walaupun Almarhum sudah tiada dia baik dengan keluarga Almarhum. “Saya teringat kata2 Almarhum jangan lupa untuk berbuat baik.. “
” Sampai kapanpun psti ttp brhub baik, krna disitu ada Noah.. Cm Noah peninggalan Ashraf jdi mreka pasti ingat anaknya melalui Noah.. “
” Noah mewarisi ketampanan ayah nya.. Tinggi & tampan.. Semoga silaturahmi bunga tetap terjaga dgn keluarga di Malaysia.. “
” Alhamdulillah Tabakarallah Aamiin3 YRA Happy birthday Tok.. So happy melihat silaturrahim keluarga dua negara ini.. “
” MasyaAllah Noah semakin beranjak remaja makin mirip sekali dgn daddynya.. Alfatihah buat Alm Ashraf Sinclair. Semoga Alm ditempatkan bersama sama orang orang yang soleh dan beriman.. Aamiin.. “
” Sungguh terpuji, patut dihargai, bagaimana Unge dan keluarga nya tetap menjaga silaturahmi dan menghormati orang tua dan keluarga dari alm. Asraff… “
Sesungguhnya hubungan ibu dan bapa mertua dengan menantunya tidak akan terputus selama-lamanya. Sebelum ini Bunga ada berkongsi beberapa gambar dan video kedatangan ayah dan ibu arwah Ashraf di Indonesia di akaun Instagram miliknya. Mereka juga turut menziarahi ke pusara Ashraf bersama-sama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG itsmebcl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

