Connect with us

Artis / Selebriti

” Salam terakhir sebagai suami isteri. Sumpah sedih.. ” – Komen Netizen

Video moment Farid Kamil dan Diana Daniella bersalaman selepas prosiding perceraian di mahkamah buat ramai tersentuh. Sempat lagi bergurau, kita pula yang sebak tengok..

Pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Daniella akhirnya mengakhiri perkahwinan yang telah mereka bina dengan perpisahan. Terlafaznya cerai talak satu oleh Farid Kamil, maka berakhir sudah hubungan mereka sebagai suami isteri.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Xtra, telah dikongsikan moment ketika Farid dan Diana hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi meneruskan prosiding mahkamah. Permohonan Diana untuk bercerai akhirnya dipersetujui oleh Farid.

Selepas prosiding mahkamah berakhir, Farid dan Diana sempat bersalaman dan bergurau senda. Ianya moment yang menyedihkan untuk peminat mereka, namun itu adalah yang terbaik untuk Farid dan Diana. Ramai yang kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh pasangan ini.

Perpisahan bukan titik noktah sebuah hubungan dan mereka akan kekal sebagai kawan dan ibu bapa kepada anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora. Diana sudah boleh menarik lafaz lega kerana segalanya selesai dengan baik. Redha dan pasrah dengan ketentuan Allah, itu adalah yang sebaik-baiknya.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Demi anak-anak turunkan ego, tak bermusuh, tak berdendam. Salute lah Farid dan DD. tapi sumpah sedih tengok dorang last bersalam sebagai suami isteri tu.. “

” Baiknya Farid… Dia yg hulur tgn dulu. Respect cara yg baik berpisah. Harap masing2 dpt kebahagiaan masing2 nanti.. “

” Allahu sdhnya.. mcm mana dorng blh kuat eh… aduh xterbahang rasanya brpuluh tahun menyulam cinta tnggal sbumbung dgn org yg kita syg slama ni end up kena brpisah.. tp tulah dorang je yg hdap n lalui kehidupn dorang kn… moga yg baik2 utk dua2 pihak aamiin.. “

” Sumpah sedih.. dah nak raya ni tapi hanya mereka je yang tahu apa mereka lalui.. semoga kedua-duanya akan baik baik sahaja.. “

” Salam terakhir sebagai suami isteri. Sedih tp demi kebaikan keduanyaa kn. Semoga dpmudahkn sgala urusan depa selepas ini.. “

” The way masing masing berdamai dengan takdir.. bagus nye berdamai dgn takdir tidak memusuhi sesama sndiri.. “

” Macam ni lah bagus, cerai elok2 sempat bersalaman untuk kali terakhir. jangan simpan dendam sebab dendam itu bukan milik org Islam.. “

Mungkin ini adalah pengakhiran terbaik untuk Farid dan Diana. Pujian harus diberikan kepada kedua-duanya kerana masing-masing merendahkan ego dan berdamai demi anak-anak. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kehidupan Farid dan Diana selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Xtra, Tiktok Ohbulan, IG Sinarplus

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak