Artis / Selebriti
” Rina pun pening tengok drama mak pak dia ni. Confused tengok kiri kanan Rina, haha.. ” -Netizen

Perkongsian Video Oleh Ryzal Ibrahim Cara Maryam Bersalaman Raya Buat Warganet Terhibur. Nak Ikhlas Punya Pasal, Terus Jadi Drama Korea. Reaksi Rina Tu Comel. Toleh Kiri Kanan Tengok Appa Omma Dia, Haha !!
Ianya sudah menjadi adat tradisi, suami dan isteri akan bersalaman memohon kemaafan dan keampunan pada pagi raya. Begitu juga yang dilakukan oleh pasangan Youtuber Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim.
Menerusi akaun Instagram Ryzal Ibrahim, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana ketika Maryam bersalaman bersama Ryzal. Dek kerana cara Maryam itu tidak nampak bersungguh-sungguh, Ryzal mengatakan Maryam tidak ikhlas.
Mendengar ayat Ryzal itu, terus Maryam bercakap dalam bahasa Korea. Sambil tergelak-gelak, panjang juga Maryam mengomel dan Rina hanya memerhati apalah drama yang dibuat oleh appa dan ommanya itu. Maryam sempat bertanya adakah suami tidak perlu meminta maaf daripada isteri.
Tergelak semua yang ada di situ mendengar soalan oleh Maryam. Kata Maryam, dia minta maaf kerana dia banyak membebel kepada Ryzal tetapi dia membebel kerana Ryzal juga puncanya. Lawak sungguh suami isteri ini, memang dua-dua suka menyakat antara satu sama lain. Sama-sama ada buat silap, jadi dua-dua kena minta maaf.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 26 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Ryzal itu. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” “Suami tak ade ke minta maaf” haha likes 100kali soalan nI.. hahahaha dia innocent dalam ketidakpuashatian comel btul.. ”
” Dia just cakap husb dia yang buat salah so dia banyak membebel, dia mintak maaf tang dia bebel2 tu je, tang buat salah tetap husb dia. kelakoo maryam.. ”
” Rina dok diam ja tgok drama mak ayah dia haha. Dia nak ikhlas.. memang kena guna bahasa sendiri.. baru feel,kann hehe.. ”
” Macam tengok drama korea pula rasanya part cakap korea tu.. Konklusinye.. suami tetap salah.. sbb tu isteri bebel. Aku focus jaa dekat dak tecik tu, comel jer rina sengih tengok mak pak dia.. ”
” Suami takde ke minta maaf?? Bijak cik Yam ni,suami pun ada salah jg.. macam tengok drama Korea “Piyanata”.. ”
” Rina pun pening tengok drama mak pak dia ni.. Keluar cakap Korea terus Ryzal haha. comel je couple ni.. ”
” Maryam membebel sebab abang haha, ketawa besar aku dengar ayat maryam ni. Rina tu confused tengok kiri kanan drama apa kata dia haha.. ”
Kelakar lah Maryam dan Ryzal ini, hendak bersalaman raya pun masih sempat menyakat. Yang penting, perempuan always right okey Ryzal, hehe. Maryam membebel sebab abang, terpaling win alasan Maryam ini. Apa-apa pun, semoga pasangan ini bahagia selalu sampai ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Abang yang tengah taip ni ke.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
-
Viral3 days ago
” Perkara begini pun nak dijadikan berita, tak jaga sensitiviti betul.. ” – Ibu Zara Qairina
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Saya nak ucapkan minta maaf pada kakitangan Astro.. ” – Ammar Ahyan