Artis / Selebriti
” Rina makan timun je, kita yang tengok terliur pula, boleh lah cuba buat nanti.. ” – Netizen
Maryam You Narae Kongsi Video Anaknya, Rina Yang Begitu Berselera Makan Timun Raih Pujian Warganet. Wah Maryam Siap Kongsi Resepi Lagi. Nampak Menarik Sangat, Boleh Cuba Nanti !!
Selebriti media sosial dan juga Youtuber terkenal dari Korea Selatan, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam di kalangan pengikutnya ini sering berkongsi perkembangan anaknya, Rina di akaun Instagram. Banyak video gelagat Rina yang suka makan dikongsikan Maryam.
Terbaru, Maryam telah memuatnaik video Rina sedang asyik makan timun. Tulis Maryam jika dia membuat juadah timun kepada Rina, Rina tidak akan makan makanan lain. Gelagat Rina yang begitu berselera makan timun sekali lagi telah menarik perhatian warganet.
Menerusi posting lain pula, Maryam telah berkongsi video cara resepi timun yang dibuatnya untuk Rina. Satu persatu telah ditunjukkan oleh Maryam kepada warganet cara penyediaan timun termasuklah bahan-bahan yang digunakan untuk resepi tersebut.

Sehingga kini, video mengenai Rina ini telah menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Kalau dilihat resepi timun versi Maryam seperti membuat acar timun yang membezakannya adalah penambahan beberapa bahan lain-lain.
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai resepi yang dikongsikan oleh Maryam. Antara komen-komen warganet adalah :
” Rina makan timun je, kita yang tengok terliur pula, boleh lah cuba buat nanti.. Sebab anak sy susah nk makan sayur.. Thanks for recipe.. “
” Suka tengok budak kecik makan sayur sayur macam tu.. Rina ni bagus betul, semua sayur dia makan, tak ada lagi dia tolak ke tepi, hehe.. “
” Sedap makan timun ya Rina comel.. Rasa macam acar timun pula kan, hehe cuma ada tambah bahan2 lain lagi.. Terbaik lah Maryam.. “
” Hargailah fasa ini sebelum dia masuk fasa dah pandai memilihhhhh. Berbuih mulut bebel suruh makan sayur. Padahal masa kecik elok raw tomato pun kau kokak nak, hehehee.. “
” Sejuk2 ada masam manis kot.. Tu dia mkn sedap.. Rasa nak makan semua menu Rina tu.. Semuanya nampak menarik sangat.. “
” Wah selera Rina makan timun. Hahaha comel tgk satu satu dia ambil makan.. Bijak betul lah anak bertuah sorang ni, kejap dah besar dia.. “
” Thank you Maryam for sharing recipe. Mcm acar timun tpi tuns sauce tu kena cari jgk ni.. Tak sabar pula nk cuba buat, tgk Rina makan nmpk sdp sangat.. “
Dari sejak kecil lagi, Rina telah diajar untuk tidak memilih makanan. Boleh dikatakan semua makanan yang dihidangkan, pasti Rina akan habis makan. Maryam juga sangat kreatif menyediakan pelbagai juadah buat Rina. Semoga Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Maryam serta Ryzal.

Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankimchijunior, maryamyounarae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy harap sampai tua nanti anak-anak akan tetap buat macam ni dengan Mummy dan Daddy.. ” – Watie


