Artis / Selebriti
” Rina cerdik, Omma lagi cerdik bagi jawapan. Bagus Omma.. ” – Komen Netizen
Video Rina bertanyakan kepada Maryam You Narae bagaimana Maryam mendapatkan Rina buat warganet terhibur. Susah juga hendak terangkan pada anak sekecil Rina tetapi Maryam bijak memberikan jawapan. Salute dengar jawapan Maryam tu..
Anak kecil diketahui seringkali bertanyakan soalan yang kadangkalanya di luar kotak pemikiran ibu bapa. Ada kalanya, soalan yang diajukan agak sukar untuk diterangkan kerana faktor usia si anak, namun ibu bapa perlu lah bijak bagi memberikan anak kefahaman yang jelas dan bukan jawapan yang merepek.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Uyounik, telah dikongsikan satu perbualan antara Maryam You Narae dan anak perempuannya, Rina. Persoalan di fikiran Rina mengenai bagaimana Maryam mendapatkan dirinya sebagai anak ditanyakan secara spontan.
Pada awalnya, Maryam agak terkedu mendengar soalan Rina itu. Walau bagaimanapun, Maryam sangat pandai menjawab soalan oleh Rina. Ramai di kalangan warganet yang teruja mendengar jawapan Maryam dan merasakan itu satu skema jawapan yang patut digunapakai oleh ibu bapa di luar sana sekiranya anak mereka menayakan hal ini.

Rina pula kelihatan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Maryam. Tulis Maryam di ruangan kapsyennya, Maryam bersyukur kerana dipilih untuk menjadi ibu kepada Rina. Kehadiran Rina dalam hidupnya sangat bermakna dan membawa banyak kegembiraan.
Jom tonton video di bawah :
@uyounik Maybe omma memang dilahirkan untuk jumpa Rina. Thank you for choosing omma as your omma. Sejak omma jumpa someone lebih berharga daripada nyawa omma sendiri, every day with you is the happiest day of omma’s life.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 65 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rina cerdik, Omma lagi cerdik bagi jawapan. Bagus Omma, dua2 comel jer.. bukan senang nak jawap2 soalan dengan budak cerdik ni .tapi sebab mak dia pun cerdik untuk Jawab dgn anak dgn jawapan yg sesuai.. “
” Tanda budak cerdik soalan dia pelik² …kita kena fikir nk jawab soalan kbat dia… Comelnya rina tny gitu.. Omma pun pndi jwb.. moga Rina jadi ank yg solehah.. “
” Cerdik rina… Omma pun bijak bagi jawapan.. bagusnya omma kenalkan Allah pada anak2… semoga kasih sayang sampai syurga.. “
” Bagus maryam didik tauhid dlm hati anak… nnti lepas raye kalo saya mengandung lepas tu beranak nanti bila anak saya tanya macam ni saya akan copy paste lah apa yg omma ni cakap.. “
” Omma kawen dgn appa ke pastu dia gelak.. cerdik betul Rina.. soalan yang susah nak jawab betul.. anak saya faham kena ada majlis nikah bersanding dulu baru dapat anak. jadi dia suruh saya kawin lagi untuk dapat adik.. “
” Bagus jawapan Maryam.. MashaAllah Tabarakallah bagus ayat Mariam kembali pd Allah sbb Allah yg Maha Pemberi rezeki pd Keluarga dia Subhanallah terima kasih Maryam…. terima kasih Allah.. “
Soalan yang mencabar daripada Rina dan dijawab dengan cukup bijaksana oleh Maryam. Teruja warganet mendengar jawapan Maryam itu. Maryam pandai mengasuh anaknya dengan meletakkan Allah sebagai nombor 1 dalam kehidupan. Semoga Rina akan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapanya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Oyounik
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

