Artis / Selebriti
” Rilek je mengata mak mertua dalam live. Habis dia pecahkan rahsia, haha.. ” – Komen Netizen
Video Izara Aishah kantoikan perangai sebenar ibu mertuanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza di rumah ketika sedang live buat ramai terhibur. Sekali menantu tengah pecahkan rahsia, mak mertua pula masuk komen. Kelakar betul perangai Izara dan Mak Iti ni, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Izara Aishah, pasti mengetahui yang Izara sering membuat live di akaun TikTok mempromosikan cardigan dan tudung jenamanya sendiri. Dalam masa yang sama, Izzara turut berkongsi tutorial memakai tudung.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik kowpie.latteeee, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Izara sedang live. Menerusi video tersebut, Izara melihat ibu mertuanya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut ada menonton sesi live nya pada ketika itu.
Seloroh Izara menyakat DS Siti, DS Siti baru sahaja pulang dari sebuah majlis dan bukan lah sangat mahu menonton live, tetapi sebenarnya mahu shopping di TikTok. Kata Izara lagi, banyak barang ‘merepek’ yang akan dibeli oleh DS Siti antaranya adalah seperti produk memutihkan ketiak dan macam-macam lagi.

Ketika Izara sedang memecahkan ‘rahsia’ DS Siti itu, DS Siti turut memberikan komen berseloroh mengatakan agar perkara tersebut jangan diberitahu kepada semua orang. Sehingga kini, video ini telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@kowpie.latteeee
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Rilek je mengata mak mertua dalam live, habis dia pecahkan rahsia, haha.. Semua mak2 camtu yg pandai sopim lam tt.. Tmasuk sy.. “
” Semua mak2 memang mcm tu jgnkan mak iti mak aku ngan aku2 sekali mudah teracun mungkin sindrom mak2, hahaha.. “
” Hahahahaha sama mcm mak aku.. Lepastu baru pakai sekali dua dh cakap berkesan lah kak beli lah juga aiyooo.. Pening aku.. “
” Blh tahan kelakar jugak ek dengar Izara membebel pasal mak mertua dia, haha.. Tak pernah tak ketawa kalau tgk live Izara.. “
” Sapa je tak seronok shoping kat tiktok.. Duduk2 baring2 bolh shoping tak yh kuar nk pakir la pns la.. Tau2 brg smpai depn umh.. “
” Haha.. Aku paham perasaan izara sbb kakak aku pn suka teracun.. Apa2 tah dibeli nya.. Pastu start lah aku pun nk membebel.. “
” Aduhaiii Izara, jujur now hahahaha, comel jer Izara ni.. Dapat bayangkan Izara bebel depan Mak Iti,cmfm kelakar sangat.. “
Komen warganet, apa yang dilakukan oleh DS Siti itu sama seperti ibu-ibu mereka yang sering ‘teracun’ dengan jualan di akaun TikTok dan mengakui shopping di TikTok lebih mudah berbanding di Mall kerana ianya lebih jimat masa serta tenaga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok kowpie.latteeee, IG izaraaishahofficial, ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

